"The eyes are the window to your soul" - William Shakesphere
KUMPULAN 10
Mata kering
Amiera Nazatul Syahira binti Jamian
2019883712

Mata kering merupakan satu keadaan dimana terdapat kekurangan air mata untuk melembabkan dan menyuburkan mata.

Mata kering merupakan masalah kronik yang biasa dialami oleh golongan dewasa terutamanya golongan yang lebih tua.

Masalah ini boleh mengakibatkan gangguan pada permukaan mata dan seterusnya menyebabkan gejala yang kurang selesa serta memberi kesan terhadap kualiti hidup.

LAPISAN AIR MATA

LAPISAN MINYAK (LIPID)
Lapisan minyak atau dikenali sebagai lapisan lipid berfungsi untuk menghalang penyejatan lapisan air
LAPISAN AIR
Lapisan air berfungsi untuk membentuk sebahagian besar komponen air mata bagi membekalkan oksigen dan nutrisi
LAPISAN LENDIR (MUKUS)
Lapisan lendir atau dikenali sebagai lapisan mukus berfungsi untuk penyebaran air mata yang sekata atas permukaan bola mata


Tahukah anda?
Air mata adalah sangat penting kerana fungsi-fungsinya yang memberikan kebaikan kepada mata.
mengekalkan kesihatan mata
Mengurangkan risiko jangkitan mata
memberi penglihatan yang jelas
membantu memberikan pelinciran kepada mata
Fungsi Air Mata
Mengeluarkan bendasing dari mata
Menjaga permukaan mata agar licin serta rata



Punca Air Mata Kurang Dihasilkan
Punca?
Rheumatoid Arthritis
Keadaan persekitaran seperti iklim yang kering
Peningkatan usia
Pengambilan ubat-ubatan

.jpeg)


KESAN SAMPINGAN PENYAKIT MATA KERING
Kemunculan Air Mata 'Palsu"
Penghidap mata kering berkemungkinan akan mempunyai penghasilan air mata yang berlebihan sehingga mengalir di pipi. Hal ini kerana, ketika mata tidak memiliki kelembapan yang cukup, mata akan mengirim 'signal darurat' melalui sistem saraf untuk meminta lebih banyak cairan. Sistem saraf mata kemudiannya membanjiri mata dengan air mata untuk mengatasi kekeringan. Walau bagaimanapun, air mata darurat ini hanya diperbuat daripada air dan tidak memiliki komposisi air mata normal. Air mata 'palsu' ini mampu membilas bendasing tetapi tidak mampu melembapkan mata dengan baik.
CARA UNTUK MENGENAL PASTI PENYAKIT MATA KERING

Slit Lamp
Doktor akan menggunakan mikroskop yang dilengkapi dengan slit lamp untuk melihat keadaan air mata pesakit. Pesakit akan diberikan ubat penitis mata khusus untuk melihat air mata pesakit dengan jelas. Lalu, bahagian mata pesakit akan diperiksa dengan menggunakan slit lamp.

Schirmer test adalah ujian yang akan dijalankan kepada mata pesakit untuk mengenal pasti seberapa cepat mata pesakit dapat menghasilkan air mata. Kertas kecil akan diletakkan di pinggir kelopak mata pesakit. Lalu, masa yang diambil untuk mata pesakit menitiskan air mata akan dicatat.
Schirmer Test

Tear Break Up Time Test merupakan ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti lapisan air mata pesakit bertahan berapa lama setelah mata pesakit berkelip. Sekiranya lapisan air mata tersebut tidak bertahan lama, ini bermaksud mata pesakit mempunyai kelembapan mata yang kurang baik.
Tear Break Up Time (TBUT)
infografik


.png)
video dokumentari
HEBAHAN












Kanta lekap dan mata kering
Adlyana Izalia Binti Adnan
2019488704

Mata kering
Merupakan satu keadaan dimana lapisan air mata (terdiri daripada 3 lapisan) mengalami satu kerosakan atau kehilangan salah satu atau lebih daripada lapisan tersebut. Keadaan ini menyebabkan air mata atau lapisan (tear film) tidak lagi melekat dengan baik pada mata.

- Menyebabkan peningkatan cecair pada permukaan mata dimana kandungan garam didalam mata meningkat.
​
-Mata tidak dapat menghasilkan air mata yang cukup.
​
-Habuk lebih senang masuk kedalam mata dan boleh menyebabkan jangkitan kuman.
Adakah anda mempunyai simptom ini?
Bagaimana pula hendak mengenalpasti yang ianya benar-benar mata kering?


Punca terjadinya mata kering
(Boleh tengok di post atas untuk lebih informasi)​






Apakah sebab pemakaian kanta lekap lebih cenderung untuk mendapat mata kering?


Video dokumentari ini merupakan penerangan lanjut berkenaan kanta lekap sebagai punca kekeringan mata.
Manakala, disebelah kanan merupakan sedikit infografik berkenaan kanta lekap.
Penyelesaian bagi masalah mata kering

Senaman mata yang boleh dilakukan untuk mengelakkan mata kering
(Boleh tengok di post bawah untuk lebih informasi)​
Infografik tambahan dan hebahan



Penerangan tambahan untuk infografik di facebook


.jpg)

Hebahan di Instagram

Hebahan di Youtube
Rawatan E-Eye IPL Dan Ubat Penitis Mata
NUR ANIS RAIHANA BINTI ROSMIZI
2019482324
PENGENALAN KEPADA MATA KERING

Apa itu Mata Kering?
​
Mata kering diklasifikasikan sebagai salah satu jenis penyakit mata yang boleh berlaku pada sesiapa sahaja tidak semestinya orang dewasa yang sudah lanjut usia.
Sindrom mata kering (DES) atau nama saintifiknya Keratoconjunctivitis Sicca (KCS) yang berlaku boleh menyebabkan keadaan mata kita berada dalam keadaan yang tidak selesa. Mata yang normal akan sering mengeluarkan air mata yang mana air mata ini berfungsi untuk memberi kelembapan kepada mata.
Mereka yang mengalami masalah mata kering ini adalah disebabkan oleh pengeluaran air mata yang kurang ataupun air mata kurang berkualiti.
SIMPTOM-SIMPTOM
MATA KERING
Berikut ialah simptom bagaimana kita hendak mengenal pasti penyakit mata kering berlaku.

PENYEBAB BERLAKU MATA KERING
Anda mesti mahu tahu apakah penyebab atau faktor yang membolehkan mata kering ini berlaku. Untuk lebih faham dan jelas boleh lihat video yang disertakan di bawah.

(Untuk lebih informasi boleh rujuk post di atas berkaitan punca terjadinya mata kering)
CARA RAWATAN UNTUK MATA KERING
Untuk masalah mata kering, terdapat dua kaedah penjagaan dan rawatan iaitu melalui kaedah perubatan dan juga penjagaan diri.
KAEDAH
PENJAGAAN DIRI




KAEDAH
PERUBATAN




E-eye IPL Treatement
E>Eye IPL ini melibatkan pancaran cahaya ke kulit di sekitar kelopak mata kita. E>Eye IPL ini direka khas untuk merawat masalah mata kering akibat Meibomian Glands Dysfunction (MGD). Ia akan meransang kelenjar Meibomian untuk menghasilkan aliran lipid semulajadi dan mengurangkan rasa yang tidak selesa di mata.
Meibomian Glands Dysfunction
Merujuk kepada keadaan di mana kelenjar mata tidak menghasilkan minyak yang mencukupi. Boleh juga minyak yang terhasil boleh menyebabkan iritasi pada mata dan tidak sihat. MGD boleh membawa kepada komposisi filem pemedih mata yang diubah dan juga ketidakselesaan pada mata. Untuk lebih informasi, boleh lihat video ini.
Semestinya tidak semua orang tahu bagaimana cara penggunaan ubat titis mata yang betul. Di sini, disertakan pautan ke youtube untuk penerangan yang lebih jelas berkaitan penggunaan ubat titis mata.
Secara ringkasnya, penggunaan ubat titis mata mempunyai persediaan sebelum menggunakannya, cara pemakaian dan selepas pemakaian. Untuk lebih jelas dan ringkas, boleh rujuk infografik/poster di bawah.

CARA PENGGUNAAN UBAT TITIS MATA
SEBELUM










SEMASA






SELEPAS






INFOGRAFIK/POSTER TAMBAHAN









VIDEO DOKUMENTARI
MATA KERING (DES)
CARA PENJAGAAN MATA KERING (DES)
HEBAHAN











Youtube

