"The eyes are the window to your soul" - William Shakesphere

TUJUAN
Penjagaan kesihatan amatlah penting dalam meneruskan kehidupan dan menunaikan tanggungjawab kita. Lebih-lebih lagi, dalam fasa endemik ini, kita perlu belajar hidup dalam norma baharu seperti pembelajaran atas talian, pemakaian pelitup muka dan penjagaan kebersihan seperti amalan mencuci tangan. Hal ini akan menyebabkan beberapa implikasi kesihatan terhadap tubuh badan seperti ketegangan mata dan stress. Justeru, tujuan utama platform ini ditubuhkan adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai khususnya tentang penyakit-penyakit berkaitan mata, punca masalah mata dan cara mengatasinya serta cara penjagaan mata yang terbaik.
PENGENALAN

APA ITU MATA?
Mata adalah salah satu organ terpenting bagi manusia yang berfungsi bagi mengesan cahaya. Setiap manusia mempunyai dua mata dengan bebola mata yang berdiameter 24mm. Selain itu, mata manusia yang berbentuk sfera ini terletak dalam soket tengkorak pada bahagian atas tubuh manusia. Mata ini mengandungi suatu gel optik jernih iaitu gelemaca yang memastikan mata tidak kering. Ia juga mempunyai kanta fokus dan otot yang juga dikenali iris mata. Iris mata ini mempunyai dua fungsi iaitu mengawal kadar cahaya yang masuk dan kadar bukaan anak mata. Anak mata ataupun pupil ini ialah bulatan hitam di tengah-tengah bahagian berwarna di dalam mata.
Fungsi mata yang paling utama adalah mengesan sama ada sekeliling individu itu terang atau gelap. Secara saintifiknya, fungsi mata adalah sebagai organ deria penglihatan manusia.
​
Mata ini berfungsi sebagai organ deria penglihatan dengan memancarkan imej ke atas retina yang terletak pada bahagian belakang mata. Retina ini sangat sensitif ke atas cahaya dan ia akan mengesan cahaya sekelip mata. Cahaya ini akan dihantar ke otak melalui saraf optik.
BAHAGIAN MATA
Mata manusia dikelilingi oleh:
​
-
Kening: Melindungi mata dari dimasuki cecair (air hujan)
-
Kelopak mata: Melindungi mata daripada habuk dan melembapkan mata.
-
Bulu mata: Menjaga mata daripada dimasuki habuk.
.png)