top of page

KUMPULAN 9

Strabismus (Mata Juling)

NUR AIRIN BINTI MOHD NAZRI
2019614828
juling 1.png

APA ITU STRABISMUS ATAU MATA JULING ?

Mata juling atau strabismus berlaku apabila kedua belah mata tidak berada dalam keadaan selari pada satu masa yang sama atau juga dikenali sebagai cross-eyed. Ia berlaku apabila sebelah mata memandang ke dalam (esotropia), memandang ke luar (exotropia), ke atas (hypertropia) atau ke bawah (hypotropia)

​

Strabismus ini selalu terjadi bermula sewaktu bayi atau kanak-kanak, selalunya bermula umur tiga tahun. Tetapi tidak terkecuali juga boleh berlaku pada kanak-kanak, remaja dan orang tua.

Sebab-sebab mata juling

Sebab-Sebab Mata Juling

  • Ia boleh disebabkan oleh otot-otot mata yang tidak berfungsi dengan baik pada mata yang juling  atau kelumpuhan otot-otot mata itu sendiri.

  • Rabun dekat (hiperopia) juga boleh menyebabkan mata bergerak ke dalam.

  • Mata juling adalah lebih lazim di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah otak seperti Cerebral Palsy, Down Syndrome, hydrocephalus dan barah otak.

Simptom

Simptom bagi mata juling ini adalah mudah untuk dikenal pasti, antaranya ialah:

  • Keadaan dua belah mata tidak berada dan memandang dalam keadaan selari dan sejajar.

  • Kedua belah mata tidak bergerak secara bersama.

  • Memandang ke arah yang berlainan ketika melihat cahaya yang terang.

  • Memusingkan kepala untuk melihat sesuatu objek

Bayi yang normal, kebiasaannya juling disebabkan oleh penglihatan yang belum matang dan masalah ini selalunya akan hilang ketika bayi membesar. Kesan daripada mata juling ini ia boleh memberi kesan yang buruk dalam tempoh yang lama.

  • Amblyopia (mata malas): Mata malas adalah keadaan di mana mata tidak dapat melihat dalam keadaan sempurna kerana otak lambat untuk memproses maklumat bagi menghantar signal ke mata. Jika tidak dirawat dengan cepat (sebelum kanak-kanak berumur 10 tahun), ia boleh menyebabkan pandangan kabur yang berkekalan.

  • Binocular vision (Penglihatan teropong): Iaitu penglihatan tiga dimensi diperlukan untuk menganggar kedalaman atau ketebalan sesuatu objek akan terjejas disebabkan oleh mata juling.

Otot yang mengawal pergerakan mata

Mata juling ini selalu terjadi disebabkan oleh otot mata yang lemah untuk mengawal pergerakan mata. Terdapat enam otot yang melekat pada setiap belah mata bagi mengawal pergerakan mata. Dalam keadaan normal, kedua belah mata ini akan bergerak secara serentak dan bersama-sama ke satu titik yang dikenal pasti pada satu tempat.
1.png
2.png

JENIS-JENIS JULING

JENIS-JENIS JULING (2).png

ESOTROPIA (Juling ke dalam)

ESOTROPIA.png
Esotropia (satu atau kedua-dua mata menoleh ke dalam). Juling ke dalam kerap terjadi di kalangan bayi dan kanak-kanak. 

Pseudoesotropia adalah keadaan di mana mata bayi atau kanak-kanak kelihatan seperti juling ke dalam disebabkan oleh bentuk wajah. Pemeriksaan mata akan dapat membezakan keadaan ini dengan juling yang sebenar.

​

Faktor Risiko Yang Boleh Menjadi Penyumbang Terjadinya Esotropia Adalah:

  • Bayi yang lahir pramatang

  • Sejarah keluarga yang mempunyai masalah juling

  • Penglihatan kabur yang teruk

  • Penyakit sistemik seperti penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi

Exotropia (Juling ke luar adalah keadaan di mana apabila satu mata memandang ke hadapan dan mata yang satu lagi kelihatan memandang ke sisi). Keadaan ini boleh berlaku sejak lahir, sewaktu kanak – kanak atau setelah dewasa. Terdapat dua jenis juling keluar iaitu juling ke luar sekali-sekala dan juling ke luar kekal. Juling keluar sekali-sekala sering berlaku di kalangan kanak-kanak sekiranya mereka dalam keadaan letih, kurang sihat atau kurang tumpuan. Manakala, bagi juling keluar kekal pula, salah satu mata akan sentiasa mengarah keluar. 

​

Tanda Dan Gejala

  • Individu yang mempunyai masalah juling keluar sekali-sekala sering menutup sebelah mata dalam cahaya yang terang disebabkan silau (photophobia).

  •  Penglihatan menjadi kabur apabila juling berlaku.

  • Sekiranya juling baru berlaku, individu itu akan mengadu penglihatan berganda yang dipanggil diplopia. Penglihatan berganda adalah keadaan di mana satu objek kelihatan menjadi dua imej.

EXOTROPIA (Juling ke luar)

EXOTROPIA.png

HYPERTROPIA (Juling ke atas)

HYPERTROPIA.jpg
Hypertropia, sebelah mata memandang ke atas manakala sebelah lagi memandang ke arah yang betul. Mata anda adalah satu pasukan, bekerjasama untuk melihat dengan jelas dan memfokus pada imej dekat dan jauh. Tetapi, kadang-kadang mata bergerak secara berasingan.

Penyebab :-
Hipertropia berlaku apabila otot mata tidak seimbang dan tidak berfungsi bersama. Penyebab yang paling biasa adalah kelemahan (dipanggil palsy) pada saraf di otak yang mengawal pergerakan mata. Sesetengah orang dilahirkan dengan kelemahan mata ini, tetapi ia juga boleh berlaku di kemudian hari.
Hypotropia adalah satu bentuk strabismus menegak di mana satu mata menyimpang ke bawah berbanding dengan mata yang lain.

HYPOTROPIA (Juling ke bawah)

HYPOTROPIA.png

STRABISMUS ATAU MATA JULING

STRABISMUS - TEMU BUAL

Juling sekali-sekala
Juling sekali-sekala merujuk kepada keadaan dimana juling berlaku pada masa atau keadaan tertentu sahaja. Kadang-kadang satu mata pesakit juling dan kadang-kadang kedua-dua mata dalam keadaan selari/sejajar apabila melihat ke arah sesuatu objek. Juling sekali-sekala boleh berlaku untuk semua peringkat umur.
Juling sekali-sekala boleh berlaku dalam dua keadaan

Juling ke luar (exotropia) sekali-sekala iaitu kadang-kadang satu mata memandang ke hadapan / ke arah objek dan mata yang satu lagi mengarah ke luar (ke arah sisi).

Juling ke luar sekali-sekala boleh berlaku :

• apabila pesakit melihat objek pada jarak dekat sahaja; atau

• apabila pesakit melihat objek pada jarak jauh sahaja; atau

• pada masa tertentu sahaja seperti dalam keadaan letih, kurang sihat, dan mengelamun.

Juling ke dalam (esotropia) sekali-sekala iaitu kadang-kadang satu mata memandang ke hadapan / ke arah objek dan mata yang satu lagi mengarah ke dalam (ke arah hidung). Juling ke dalam sekali-sekala boleh berlaku apabila pesakit yang mempunyai rabun dekat (hiperopia) tetapi tidak dibetulkan dengan cermin mata. Ini berlaku kerana pesakit rabun dekat terlalu memfokus untuk melihat sesuatu objek dengan jelas tanpa memakai cermin mata. Akibatnya kadang-kadang sebelah mata akan juling ke dalam.

Punca atau Faktor Penyebab
  • Rabun dekat (Hiperopia), rabun jauh (miopia), atau tahap rabun yang berbeza antara kedua mata (anisometropia) yang tidak dibetulkan dengan cermin mata.

  • Faktor keturunan (hereditary). Risiko untuk berlakunya mata juling adalah lebih tinggi sekiranya terdapat ahli keluarga yang mempunyai masalah mata juling.

Tanda dan Gejala
  • Tumpuan kanak-kanak sering terganggu terutama di peringkat awal juling sekali-sekala. Ini berlaku kerana kanak-kanak mengalami penglihatan berganda (double vision/diplopia) apabila satu mata juling.

  • Kanak-kanak kadang-kala menggosok atau menutup sebelah mata terutamanya apabila berada di bawah cahaya matahari yang terang. Pada masa ini mungkin satu mata menjadi juling dan kanak-kanak mengalami penglihatan berganda (double vision/diplopia).

  • Ibu bapa perasan kanak-kanak mempunyai mata juling ketika mengelamun (day-dreaming), kurang sihat atau dalam keadaan letih.

SEBAB-SEBAB MATA JULING

otot mata 2.png
  • Ia boleh disebabkan oleh otot-otot mata yang tidak berfungsi dengan baik pada mata yang juling  atau kelumpuhan otot-otot mata itu sendiri.

RAWATAN MATA JULING.png
  • Rabun dekat (hiperopia) juga boleh menyebabkan mata bergerak ke dalam.

down syndrome.jpg
  • Mata juling adalah lebih lazim di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah otak seperti Cerebral Palsy, Down Syndrome, hydrocephalus dan barah otak.

SIMPTOM MATA JULING

Simptom bagi mata juling ini adalah mudah untuk dikenal pasti, antaranya ialah:

  • Keadaan dua belah mata tidak berada dan memandang dalam keadaan selari dan sejajar.

  • Kedua belah mata tidak bergerak secara bersama.

  • Memandang ke arah yang berlainan ketika melihat cahaya yang terang.

  • Memusingkan kepala untuk melihat sesuatu objek

Bayi yang normal, kebiasaannya juling disebabkan oleh penglihatan yang belum matang dan masalah ini selalunya akan hilang ketika bayi membesar. Kesan daripada mata juling ini ia boleh memberi kesan yang buruk dalam tempoh yang lama.

  • Amblyopia (mata malas): Mata malas adalah keadaan di mana mata tidak dapat melihat dalam keadaan sempurna kerana otak lambat untuk memproses maklumat bagi menghantar signal ke mata. Jika tidak dirawat dengan cepat (sebelum kanak-kanak berumur 10 tahun), ia boleh menyebabkan pandangan kabur yang berkekalan.

  • Binocular vision (Penglihatan teropong): Iaitu penglihatan tiga dimensi diperlukan untuk menganggar kedalaman atau ketebalan sesuatu objek akan terjejas disebabkan oleh mata juling.

baby2.jpg
Dianggarkan bahawa 2% kanak-kanak di seluruh dunia mempunyai strabismus. Kajian Ralat Refraktif dalam Kanak-kanak (kajian tajaan WHO) di Gombak, Selangor, mengesahkan peratusan yang sama di Malaysia, dengan 50% kanak-kanak yang terjejas dilahirkan dengan keadaan tersebut.

PERATUSAN JULING PADA KANAK-KANAK

OTOT YANG MENGAWAL PERGERAKAN MATA

Mata juling ini selalu terjadi disebabkan oleh otot mata yang lemah untuk mengawal pergerakan mata. Terdapat enam otot yang melekat pada setiap belah mata bagi mengawal pergerakan mata. Dalam keadaan normal, kedua belah mata ini akan bergerak secara serentak dan bersama-sama ke satu titik yang dikenal pasti pada satu tempat.
1.png
2.png

SILA TONTON VIDEO INI

JENIS-JENIS JULING

JENIS-JENIS JULING (2).png

ESOTROPIA (Juling ke dalam)

ESOTROPIA.png
Esotropia (satu atau kedua-dua mata menoleh ke dalam). Juling ke dalam kerap terjadi di kalangan bayi dan kanak-kanak. 

Pseudoesotropia adalah keadaan di mana mata bayi atau kanak-kanak kelihatan seperti juling ke dalam disebabkan oleh bentuk wajah. Pemeriksaan mata akan dapat membezakan keadaan ini dengan juling yang sebenar.

​

Faktor Risiko Yang Boleh Menjadi Penyumbang Terjadinya Esotropia Adalah:

  • Bayi yang lahir pramatang

  • Sejarah keluarga yang mempunyai masalah juling

  • Penglihatan kabur yang teruk

  • Penyakit sistemik seperti penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi

Exotropia (Juling ke luar adalah keadaan di mana apabila satu mata memandang ke hadapan dan mata yang satu lagi kelihatan memandang ke sisi). Keadaan ini boleh berlaku sejak lahir, sewaktu kanak – kanak atau setelah dewasa. Terdapat dua jenis juling keluar iaitu juling ke luar sekali-sekala dan juling ke luar kekal. Juling keluar sekali-sekala sering berlaku di kalangan kanak-kanak sekiranya mereka dalam keadaan letih, kurang sihat atau kurang tumpuan. Manakala, bagi juling keluar kekal pula, salah satu mata akan sentiasa mengarah keluar. 

​

Tanda Dan Gejala

  • Individu yang mempunyai masalah juling keluar sekali-sekala sering menutup sebelah mata dalam cahaya yang terang disebabkan silau (photophobia).

  •  Penglihatan menjadi kabur apabila juling berlaku.

  • Sekiranya juling baru berlaku, individu itu akan mengadu penglihatan berganda yang dipanggil diplopia. Penglihatan berganda adalah keadaan di mana satu objek kelihatan menjadi dua imej.

EXOTROPIA (Juling ke luar)

EXOTROPIA.png

HYPERTROPIA (Juling ke atas)

HYPERTROPIA.jpg
Hypertropia, sebelah mata memandang ke atas manakala sebelah lagi memandang ke arah yang betul. Mata anda adalah satu pasukan, bekerjasama untuk melihat dengan jelas dan memfokus pada imej dekat dan jauh. Tetapi, kadang-kadang mata bergerak secara berasingan.

Penyebab :-
Hipertropia berlaku apabila otot mata tidak seimbang dan tidak berfungsi bersama. Penyebab yang paling biasa adalah kelemahan (dipanggil palsy) pada saraf di otak yang mengawal pergerakan mata. Sesetengah orang dilahirkan dengan kelemahan mata ini, tetapi ia juga boleh berlaku di kemudian hari.
Hypotropia adalah satu bentuk strabismus menegak di mana satu mata menyimpang ke bawah berbanding dengan mata yang lain.

HYPOTROPIA (Juling ke bawah)

HYPOTROPIA.png

JULING SEKALI-SEKALA DAN JULING BERGILIR-GILIR

Juling Sekali-sekala
Juling sekali-sekala merujuk kepada keadaan dimana juling berlaku pada masa atau keadaan tertentu sahaja. Kadang-kadang satu mata pesakit juling dan kadang-kadang kedua-dua mata dalam keadaan selari/sejajar apabila melihat ke arah sesuatu objek. Juling sekali-sekala boleh berlaku untuk semua peringkat umur.
Juling sekali-sekala boleh berlaku dalam dua keadaan

Juling ke luar (exotropia) sekali-sekala iaitu kadang-kadang satu mata memandang ke hadapan / ke arah objek dan mata yang satu lagi mengarah ke luar (ke arah sisi).

Juling ke luar sekali-sekala boleh berlaku :

• apabila pesakit melihat objek pada jarak         dekat sahaja; atau

• apabila pesakit melihat objek pada jarak         jauh sahaja; atau

• pada masa tertentu sahaja seperti dalam      keadaan letih, kurang sihat, dan                      mengelamun.

Juling ke dalam (esotropia) sekali-sekala iaitu kadang-kadang satu mata memandang ke hadapan / ke arah objek dan mata yang satu lagi mengarah ke dalam (ke arah hidung). Juling ke dalam sekali-sekala boleh berlaku apabila pesakit yang mempunyai rabun dekat (hiperopia) tetapi tidak dibetulkan dengan cermin mata. Ini berlaku kerana pesakit rabun dekat terlalu memfokus untuk melihat sesuatu objek dengan jelas tanpa memakai cermin mata. Akibatnya kadang-kadang sebelah mata akan juling ke dalam.

Punca atau Faktor Penyebab
Tanda dan Gejala
  • Rabun dekat (Hiperopia), rabun jauh (miopia), atau tahap rabun yang berbeza antara kedua mata (anisometropia) yang tidak dibetulkan dengan cermin mata.

  • Faktor keturunan (hereditary). Risiko untuk berlakunya mata juling adalah lebih tinggi sekiranya terdapat ahli keluarga yang mempunyai masalah mata juling.

  • Tumpuan kanak-kanak sering terganggu terutama di peringkat awal juling sekali-sekala. Ini berlaku kerana kanak-kanak mengalami penglihatan berganda (double vision/diplopia) apabila satu mata juling.

  • Kanak-kanak kadang-kala menggosok atau menutup sebelah mata terutamanya apabila berada di bawah cahaya matahari yang terang. Pada masa ini mungkin satu mata menjadi juling dan kanak-kanak mengalami penglihatan berganda (double vision/diplopia).

  • Ibu bapa perasan kanak-kanak mempunyai mata juling ketika mengelamun (day-dreaming), kurang sihat atau dalam keadaan letih.

image (4).png
Juling Bergilir-gilir

Juling bergilir-gilir merujuk kepada keadaan mata juling secara bergilir-gilir antara mata kanan dan mata kiri. 

Contohnya, jika mata kanan pesakit memandang anda, maka mata kiri pesakit akan juling (melihat ke arah lain). Pada pesakit yang sama, jika mata kirinya memandang anda, mata kanannya pula yang juling.

Juling bergilir-gilir boleh terdapat dalam keadaan berikut :

  • Juling ke luar bergilir-gilir (alternating exotropia)

  • Juling ke dalam bergilir-gilir (alternating esotropia)

  • Juling ke atas dan ke bawah bergilir-gilir (alternating vertical squint)  Contohnya pesakit mempunyai juling ke atas (hypertropia) di mata kanan kemudian bertukar menjadi juling ke bawah (hypotropia) di mata kirinya pula secara bergilir-gilir.

Tanda Dan Gejala

  • Pesakit yang ada juling bergilir-gilir tidak dapat menggunakan kedua-dua mata untuk melihat secara serentak. Akibatnya pesakit tidak mempunyai penglihatan tiga dimensi (3D) dan mungkin mempunyai masalah untuk menganggarkan jarak.

  • Tahap penglihatan di kedua-dua belah mata selalunya adalah setara kerana kedua – dua mata mendapat stimulasi. Oleh itu risiko untuk mendapat mata malas akibat juling adalah pada tahap minima.

Punca Atau Faktor Penyebab

  • Rabun dekat (Hiperopia), rabun jauh (miopia), atau tahap rabun yang berbeza antara kedua mata (anisometropia) yang tidak dibetulkan dengan cermin mata.

  • Faktor keturunan (hereditary). Risiko untuk berlakunya mata juling adalah lebih tinggi sekiranya terdapat ahli keluarga yang mempunyai masalah mata juling.

PENGLIHATAN ORANG YANG MEMPUNYAI MASALAH MATA JULING
  1. Jika juling dari kecil, mereka akan menggunakan hanya satu mata yang lebih baik penglihatan. Menyebabkan mata yang tidak digunakan menjadi juling yang lebih teruk kerana mata malas / amblyopia.

  2. Jika juling baru berlaku contohnya disebabkan oleh kemalangan, masalah di otak seperti stroke / ketumbuhan, masalah thyroid atau ketumbuhan dalam mata, pesakit masih menggunakan kedua-dua mata untuk melihat. Kesannya, penglihatan akan menjadi 'double' / penglihatan berganda.

dv.jpg
POSTER DAN INFOGRAFIK
JENIS-JENIS JULING.png
APA ITU JULING .png
Pemeriksaan Pakar Mata Komprehensif kanak-kanak.png
JULING BERGILIR-GILIR.png
TIPS PENJAGAAN MATA SEMASA ODL.png
RAWATAN MATA JULING (3).png
JULING SEKALI-SEKALA.png
CARA PENJAGAAN MATA (1).png
PENGLIHATAN.png
VIDEO DOKUMENTARI
MEDIA SOSIAL (HEBAHAN)
FACEBOOK PAGE (Strabismus atau Mata Juling)
10.png
9.png
6.png
4.png
WhatsApp Image 2022-01-16 at 1.07.48 PM (2).jpeg
WhatsApp Image 2022-01-16 at 1.07.48 PM (3).jpeg
1.png
5.png
2.png
3.png
WhatsApp Image 2022-01-16 at 1.07.48 PM.jpeg
WhatsApp Image 2022-01-16 at 1.07.48 PM (1).jpeg

Otot Mata ( Mengawal Keadaan Mata Lemah / Lumpuh)

Intan Syazwani binti Mahathir
2019488508

APA ITU OTOT MATA?

gambar otot mata.png
  • Terdapat enam otot mata yang mengawal pergerakan mata. Satu otot menggerakkan mata ke kanan, dan satu otot menggerakkan mata ke kiri. Empat otot yang lain menggerakkan mata ke atas, ke bawah, dan pada sudut.

  • Otot mata direka untuk menstabilkan dan menggerakkan kedua-dua mata. Pusat saraf khas yang terletak di seluruh otak dan batang otak berinteraksi dengan setiap pasangan otot (kanan dan kiri) untuk menyelaraskan pergerakan mata yang tepat dengan input sedar yang terhad.

LOKASI DAN FUNGSI OTOT MATA

Otot mata

Lokasi

Fungsi

1.Rektus Superior

Terletak di bahagian anterior (hadapan mata)

Bertanggungjawab ke atas “elevation” yang bermaksud ia membantu anda melihat ke atas. Erti kata lain, menggerakkan bola mata ke atas dan ke dalam

Otot mata

Lokasi

Fungsi

2. Rektus Lateral

Rektus lateral menyisip pada bahagian anterior (depan) mata, dan asalnya berada di belakang mata pada sayap besar tulang sphenoid serta tendon cincin biasa.

Menggerakkan bola mata kearah luar

_196_anatomy1.jpg

Otot mata

Lokasi

Fungsi

3.Rektus Inferior

Rektus inferior menyisip pada bahagian anterior (depan) mata, dan asalnya adalah di belakang mata pada tendon cincin biasa

Menggerakkan bola mata ke bawah dan ke dalam

Otot mata

Lokasi

Fungsi

4.Rektus Medial

Rektus medial memasukkan pada bahagian anterior (depan) mata, dan asalnya berada di belakang mata pada tendon cincin biasa.

Menggerakkan bola mata kearah dalam

eye_muscles_image_wiki.jpeg

Otot mata

Lokasi

Fungsi

5. Oblik superior

Oblik superior adalah unik. Ia memasukkan pada bahagian atas, sisi telinga, dan posterior (belakang) mata. Asal anatomi terletak di belakang mata pada sayap bawah tulang sphenoid

Menggerakkan bola mata ke atas dan ke luar

Otot mata

Lokasi

Fungsi

6. Oblik inferior

Ia memasukkan pada bahagian bawah, posterior, sisi mata. Asalnya adalah pada tulang maksila medial (tengah).

Menggerakkan bola mata ke bawah dan ke luar

Bagaimana otot mata bekerja?

  • Otot yang mengawal pergerakan mata adalah menarik. Otot menggunakan bekalan darah yang lebih besar berbanding otot rangka, dan hanya beberapa gentian otot yang terdiri daripada unit motor. Ini membolehkan saraf kranial yang bertanggungjawab untuk menyelaraskan pergerakan mata mempunyai kawalan yang tepat terhadap mata.

  • Tiga saraf kranial bertanggungjawab untuk mengawal otot mata. Ini adalah saraf kranial ketiga (saraf oculomotor), saraf kranial keempat (saraf troklear), dan saraf kranial keenam (saraf abducens). Nama-nama sekunder bagi saraf-saraf ini memberikan jenis otot yang mereka kawal. Saraf kranial keempat dinamakan saraf troklear - ia mengawal oblik superior sahaja. Begitu juga, saraf kranial keenam (saraf abducens) hanya mengawal rektus lateral - otot mata penculik utama. Saraf kranial ketiga (oculomotor nerve) mempunyai banyak tanggungjawab. Ia mengawal rektus superior, rektus inferior, rektus medial, dan otot oblik inferior.

penyakit-mata-glaukoma.jpg
neuritis-optik.jpg

Keadaan penyebab otot mata lemah

1. Peningkatan tekanan dalam bola mata / glaukoma

- Ini dapat menekan saraf yang terdapat pada mata sehingga dapat menyebabkan penurunan penglihatan2. 2

2. Peradangan pada saraf / neuritis optic

3. Tumor

diagram-of-the-brain-stem.jpg
SENAMAN MATA
  1. Otot mata juga memerlukan senaman bagi memastikan otot-otot tersebut sihat dan kuat. Apabila otot mata kita sihat, maka ia pasti dapat melakukan fungsinya dengan berkesan.

  2. Senaman mata akan menguatkan lagi otot-otot mata, menguatkan sistem penumpuan mata serta merangsang pusat penglihatan yang terdapat di otak

  3. Dalam banyak keadaan, senaman mata boleh dijadikan terapi fizikal untuk otak dan juga mata kita.

1. LATIHAN PENUMPUAN: PENUMPUAN DEKAT DAN JAUH

  1. Duduk dengan tenang dalam bilik yang agak luas (sekurang-kurangnya 6x6m) sambal memegang sebatang pen atau pensel

  2. Pegang pensel pada jarak 10cm dari hidung anda. Pandang pensel selama 2-3 saat dan seterusnya ubah pandangan kepada objek bertentangan dihujung bilik iaitu 10-20 kaki selama 2-3 saat juga.

  3. Seterusnya ubah pandangan kepada pensel dihadapan mata untuk 2-3 saat.

  4. Ulang proses Latihan ini sekurang-kurangnya 10 pusingan setiap hari.

mata pensel.jpg

2. LATIHAN KERDIPAN MATA

  1. Menutup mata rapat selama 3-4 saat

  2. Buka mata semula sehingga 3-4 saat

  3. Ulang Latihan ini selama 7-8 kali setiap kali anda mengalami keletihan mata Ketika menggunakan  komputer.

kerdip mata.jfif

3. LATIHAN ANGKA LAPAN

  1. Bayangkan terdapat angka lapan gergasi pada jarak 3m di hadapan anda

  2. Bayangkan bahawa angka lapan tersebut berada dalam kedudukan terbalik seperti sepasang cermin mata.

  3. Secara perlahan-lahan, cuba anda ikuti lakaran bayangan angka lapan tersebut menggunakan pergerakan bola mata tanpa menggerakan atau mengubah kedudukan kepala anda.

  4. Lakukan Latihan ini pada satu arah untuk beberapa minit (3-5 minit) sebelum menukar kepada arah yang bertentangan untuk beberapa (3-5 minit)

angka 8.png

4. LATIHAN 'PALMING' - MENEKUP MATA

  1. Pastikan anda duduk dengan selesa di hadapan meja dengan siku di atas meja ataupun siku direhatkan di atas lutut.

  2. Letakkan tengah tapak tangan anda menutupi mata sepenuhnya, kedudukan semua jari di dahi dan pangkal tangan di pipi. Pastikan mata anda dapat berkedip tanpa gangguan atau halangan di bawah telapak tangan dengan menekan mata dengan kuat.

  3. Biarkan dalam keadaan begini untuk 3-5 minit.

tutup mata.jpg

5. LATIHAN 'ZOOMING' 

  1. Duduk dalam keadaan selesa

  2. Regangkan tangan anda sejauh yang boleh dengan tangan digenggam dan ibu jari diangkat seperti menunjukkan isyarat ‘bagus’

  3. Tumpukan perhatian sepenuhnya kepada ibu jari anda sepanjang Latihan ini dijalankan

  4. Kemudian, bawa ibu jari anda tadi secara perlahan-lahan menghampiri mata sehingga berada pada jarak 6cm dari mata.

  5. Tanpa mengubah pandangan mata anda dari ibu jari, perlahan-lahan gerakkan tangan anda menjauhi mata anda sejauh yang mungkin dan tangan anda boleh meregang.

  6. Lakukan Latihan ini untuk 5 minit untuk beberapa kali dalam sehari.

zooming.jfif
POSTER DAN INFOGRAFIK
photo_2022-01-13_20-20-52.jpg
photo_2022-01-13_20-21-02.jpg
photo_2022-01-13_23-59-13.jpg
photo_2022-01-17_20-37-46.jpg
photo_2022-01-17_20-37-50.jpg
LATIHAN 'PALMING' - MENEKUP MATA.png
LATIHAN 'ZOOMING'.png
VIDEO DOKUMENTARI
MEDIA SOSIAL (HEBAHAN)
  • Facebook

FACEBOOK (Strabismus atau Mata Juling)

1.jpg
2.jpg
3.jpg
4.jpg
5.jpg
6.jpg
7.jpg
8.jpg
  • YouTube

YOUTUBE (intan syazwani)

  • YouTube

VIDEO BAHAGIAN 1

V1.jpg
V2.jpg
  • YouTube

VIDEO BAHAGIAN 2

V4.jpg
V5.jpg

Cermin Mata atau Kanta Lekap/ Pembedahan

Muhammad Iman bin Mohamad Elias
2019892436

Pembedahan Mata Juling/Strabismus

Pembedahan mata juling juga dikenali sebagai pembedahan otot extraokular, pembedahan otot mata, atau  pembedahan sejajarkan mata adalah pembedahan pada otot extraokular otot diluar bola mata untuk membetulkan kedudukan mata supaya selari.

Pembedahan otot mata bukan untuk memulihkan fungsi penglihatan tetapi untuk memberi penampilan yang agak baik. Secara amnya, pembedahan yang dilakukan untuk tujuan merperbaiki fungsi penglihatan. Ia mempunyai peluang yang tinggi sekiranya dilakukan di awal usia.

​

pengobatan-mata-juling-1583142833.jpg
images.jpg

TAHUKAH ANDA??

80% - 90%

"Sebanyak 80 hingga 90 peratus pesakit yang menjalani pembedahan mata juling biasanya berjaya hanya dengan sekali pembedahan sahaja"

Profesor Dr. Shatriah Ismail

Pensyarah Jabatan Oftalmologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, (USM)

10% - 15%

"Sebanyak 10 hingga 15 peratus pesakit sahaja perlu menjalani pembedahan sebanyak dua kali atau lebih disebabkan tahap sudut juling yang tinggi."

Profesor Dr. Shatriah Ismail

Pensyarah Jabatan Oftalmologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, (USM)

RM 8k - RM9k

Kos pembedahan di hospital atau klinik swasta bagi seorang pesakit mata juling atau strabismus boleh mencecah sehingga RM 8,000 hingga RM 9,000.

Jenis-Jenis Pembedahan Mata Juling /Strabismus

Prosedur melonggarkan atau melemahkan

otot mata

Prosedur mengetatkan atau

menguatkankan otot mata

Pembedahan jahitan laras (adjustable suture) adalah satu kaedah menyambung semula otot extraokular melalui jahitan yang boleh dipendekkan atau dipanjangkan dalam masa sehari selepas pembedahan yang pertama, bagi mendapatkan kedudukan mata yang lebih sempurna.

Prosedur transposisi atau

penyusunan semula otot mata​

strabismus-medical-concept-vector-illustration-doctor-patient-talking-hospital-isolated-wh

Indikasi

Indikasi pembedahan mata juling bergantung kepada tahap umur dan keperluan pesakit. Antara indikasi primer pembedahan mata juling adalah:

  • Imej kelihatan dua (Double vision)

  • Gangguan binokular

  • Posisi kepala yang senget  akibat juling

  • Medan penglihatan yang sempit akibat juling

  • Memberi penampilan yang meyakinkan (kosmesis).

Kontraindikasi

Pembedahan tidak boleh dilakukan sekiranya pesakit mempunyai masalah kesihatan yang serius dan tidak stabil.

Pemeriksaan sebelum pembedahan!!!

Sebelum melakukan pembedahan mata juling, pesakit disyorkan memilih rawatan bukan pembedahan untuk membetulkan masalah juling. Pemeriksaan secara teliti perlu dilakukan pada kedua-dua mata. Ketajaman penglihatan yang baik dan sama di kedua mata akan membantu untuk menstabilkan hasil pembedahan yang akan dilakukan.

Pembedahan pembetulan disyorkan apabila esotropia melebihi 15 diopters prisma. Oleh itu, tahap juling perlu diukur sebelum pembedahan dijalankan. Masa yang sesuai untuk melakukan pembedahan pembetulan untuk juling adalah berbeza mengikut sebab juling berlaku.

Komplikasi Pembedahan

Komplikasi yang serius akibat pembedahan juling jarang berlaku. Risiko komplikasi hanya pada kadar 1%, ia termasuk:

Otot mata terlepas (slipped)

Otot mata terlepas berlaku apabila jahitan yang memegang otot mata pada sklera putus atau longgar menyebabkan otot bergerak ke belakang dan berada di belakang bola mata. Komplikasi ini jarang berlaku (kira-kira 1 dalam 400 kes).

Kecederaan pada sclera

Kecederaan pada sclera disebabkan oleh tusukan jarum ketika pembedahan.

Jangkitan kuman

Risiko untuk mendapat jangkitan kuman di dalam mata dan seterusnya boleh menyebabkan hilang penglihatan kekal adalah rendah iaitu 1 dalam 20,000 kes.

Radang sklera akibat pembedahan

Ini adalah komplikasi pembedahan mata juling yang jarang berlaku di kalangan orang dewasa. Rawatan dengan steroid dan ubat immunosuppressant dapat mengawal radang tersebut.

Komplikasi minor pembedahan mata juling

  1. Mata merah untuk jangka masa yang pendek dan dapat dirawat dengan ubat titis mata (antibiotik)

  2. Terbentuk granuloma pada jahitan otot mata dan rawatan jangka pendek dengan ubat titis steroid biasanya akan menyelesaikan masalah ini.

Cermin Mata

Rabun adalah masalah utama yang menyebabkkan mata juling. Mata juling selalunya boleh dibetulkan semula dengan menggunakan cermin mata, prosedur pembedahan atau gabungan kedua-duanya. Antara masalah yang sering dihadapi oleh pesakit rabun ialah:

  • Penglihatan kabur

  • Penglihatan menjadi dua

  • Sakit kepala

  • Pening

  • Mata penat

  • Silau

Dengan menggunakan cermin mata, masalah rabun dapat diatasi dan ia merupakan solusi yang paling mudah dan selamat.

sb_glasses.png

Jenis-Jenis Cermin Mata

Cermin mata dapat diklasifikasikan kepada tiga bahagian iaitu:

Dwifokus:

Cermin mata ini mempunyai dua fungsi fokus dalam satu kanta. Pada bahagian atas kanta berfungsi untuk melihat jauh dan bahagian bawah kanta berfungsi untuk melihat dekat. Kedua-dua bahagian kanta dapat dilihat dengan jelas.

Monofokus:

Cermin mata yang digunakan untuk melihat jauh atau dekat.

Multifokus:

Cermin mata ini mempunyai pelbagai ‘lense power’. Antaranya, untuk melihat objek jauh, dekat dan perantaraan. Ia tidak mempunyai sebarang sempadan kuasa kanta kerana ‘power’ cermin mata ini berubah secara beransur-ansur.

Picture2.jpg

Gambar 1: Cermin mata dwifokus

Picture1.jpg

Gambar 2: Cermin mata monofokus

Picture3.jpg

Gambar 3: Cermin mata multifokus

Kepentingan Cermin Mata

Untuk mendapat penglihatan yang jelas.

Untuk merehatkan mata anda.

Mengurangkan sakit kepala dan untuk menambah keselesaan ketika melakukan kerja yang teliti.

1280px-Lens-cover.jpg

Kanta Lekap

Mempunyai fungsi yang sama seperti kaca mata, kanta lekap sangat mudah untuk dipakai. Rabun adalah masalah utama yang menyebabkkan mata juling. Rabun selalunya boleh dibetulkan semula dengan menggunakan kanta lekap yang mempunyai 'power'. Sekiranya pemakai mengamalkan penjagaan yang betul, mereka akan memperolehi manfaat yang optimum.

bacterial-keratitis-web.jpg

Cara Penggunaan Kanta Lekap:

Kanta lekap tidak boleh dikongsi dengan orang lain.

Pakai kanta lekap dengan arah yang betul.

Buang kanta lekap yang telah luput tarikh.

Elakkan memakai kanta lekap secara kerap.

Setiap kali anda memakai kanta lekap, pastikan bahawa anda :

  • FEEL GOOD  –  selesa memakai kanta lekap

  • LOOK GOOD – mata tidak merah

  • SEE WELL – penglihatan jelas

POSTER DAN INFOGRAFIK

Pembedahan Mata Juling.png
Komplikasi Pembedahan Mata Juling.png

VIDEO DOKUMENTARI

HEBAHAN MEDIA SOSIAL

FB PAGE: STRABISMUS ATAU MATA JULING

Screenshot (43).png

INSTAGRAM: @imannnnnel

photo_2022-01-20_12-08-38.jpg
photo_2022-01-20_12-09-07.jpg

YOUTUBE: Muhammad Iman

Screenshot (51).png
bottom of page