top of page

KUMPULAN 8

Buta

Khairunnadia binti Mohd Rodzi
2019619388
2.png
1.png
16-removebg-preview.png
17-removebg-preview.png
15.png
15.png
3-removebg-preview.png
4.png
4.png
3.png
2-removebg-preview.png
5.png
7.png
6.png
1.png
2_blind-people-can-see-art-.jpg
2.png
3.png
4.png
5.png
4-removebg-preview.png
6.png
15.png
punca .png
punca .png
15.png
1-removebg-preview.png
22.png
24.png
30.png
29.png
31.png
18-removebg-preview.png
23.png
25.png
20.png
5-removebg-preview.png
21.png
27.png
28.png
20.png
TEXT  (1).png

POSTER INFOGRAFIK DAN HEBAHAN KEPADA KOMUNITI

VIDEO DOKUMENTARI SEBAGAI "SCIENCE COMMUNICATOR"

HEBAHAN KEPADA MASYARAKAT DI MEDIA SOSIAL

  • Instagram
  • Facebook
  • YouTube

Retinoblastoma
(Tumor / Barah Mata)

Farah Nabilah binti Nazri
2019615144

RETINOBLASTOMA MERUPAKAN SEJENIS KANSER YANG TERJADI DI BAHAGIAN MATA.

  • Sel kanser terbentuk di tisu retina boleh mengakibatkan mata menjadi tidak nampak (BUTA).

APA ITU RETINOBLASTOMA?

  • Retina merupakan sebuah tisu saraf yang berfungsi untuk menghantar signal kepada otak apabila cahaya dikesan. Signal tersebut akan diterjemah oleh otak sebagai sebuah imej.

SIAPAKAH INDIVIDU BERPOTENSI TINGGI UNTUK MENDAPAT RETINOBLASTOMA?

- Retinoblastoma boleh terjadi kepada semua individu tanpa mengira umur.

TETAPI

  • lebih kerap terjadi kepada kanak-kanak bawah 2 tahun

- Retinoblastoma boleh terjadi secara diwarisi atau tidak diwarisi

  • Diwarisi bermaksud kanak-kanak tersebut mempunyai perubahan (mutasi) pada genetik RB1

  • Mutasi tersebut boleh berlaku daripada ovum/sperm.

  • Kanak-kanak yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap retinoblastoma perlu membuat ujian pengesanan retinoblastoma

- KECUALI kanak-kanak tersebut tidak mempunyai perubahan genetik RB1.

- Pengesanan awal bermaksud kanak-kanak tersebut tidak akan memerlukan rawatan yang menyakitkan.

  • Ujian Genetik boleh memastikan sama ada kanak-kanak tersebut menghidap retinoblastoma secara diwarisi ataupun secara tidak diwarisi.

SYMPTOMS (GEJALA) RETINOBLASTOMA

1. Anak mata kelihatan putih sekiranya terkena cahaya (contoh cahaya: flash camera)

2. Kedua-dua belah mata melihat ke arah yang lain (juling)

3. Sakit mata atau mata kemerahan

4. Terdapat jangkitan pada mata (infection)

5. Bebola mata lebih besar dari yang normal (dilated pupil)

6. Bahagian mata yang berwarna dan anak mata kelihatan kelabu (cloudy)

Rajah ini menunjukkan gejala NO. 1

APAKAH UJIAN YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENDIAGNOSIS RETINOBLASTOMA?

1. Ujian fizikal & sejarah keluarga

  • Untuk memeriksa gejala umum retinoblastoma dan benjolan (lumps).

  • Sejarah keluarga dan sakit-sakit lampau juga akan diambil untuk diagnosis.

2. Ujian mata dengan bebola yang melebar (dilated pupil)

  • Mata yang mempunya bebola mata melebar akan memerlukan ujian ini. Doktor akan melihat retina melalui lens dan anak mata.

  • Doktor akan menguji retina dan saraf optik menggunakan cahaya.​

  • Ujian ini dibuat apabila kanak-kanak diberi bius.

  • Terdapat beberapa ujian yang diletakkan di bawah ujian mata (dilated pupil). Antaranya ialah:

- Oftalmoskopi

- Fluorescein Angiografi

- Elektroretinografi

3. Ujian Genetik RB1

  • Ujian makmal yang mengambil sampel darah atau tisu untuk mendiagnosis perubahan pada gene RB1.

4.  Ujian ultrasound mata​

  • Ubat titik mata akan digunakan dan ujian dilakukan pada permuka mata.

  • Jarak dari kornea ke retina akan diukur.

5. MRI (Magnetic Resonance Imaging)

  • Untuk melihat bahagian dalam badan dengan lebih terperinci

- Retinoblastoma selalunya boleh didiagnosis tanpa memerlukan biopsy -

PERINGKAT RETINOBLASTOMA
(STAGES OF RETINOBLASTOMA)

Selepas retinoblastoma telah didiagnosis, ujian akan dilkukan sama ada sel-sel kanser telah merebak ataupun tidak.

UJIAN YANG DIGUNAKAN SELEPAS RETINOBLASTOMA DIDIAGNOSIS

1. MRI (Magnetic Resonance Imaging)

  • Untuk mengambil gambar bahagian dalam badan secara terperinci.

2. Scan Tulang

  • Untuk melihat sel-sel yang membahagi secara cepat ataupun tidak.

  • Bahan radioaktif akan dimasukkan ke dalam badan. Imej akan diambil menggunakan scanner.

  • Kawasan tulang yang mempunyai kanser akan bersinar apabila gambar diambil kerana bahagian tersebut mengambil lebih banyak bahan radioaktif berbanding sel-sel yang normal.

3. Aspirasi sum-sum tulang dan biopsi

  • Sampel sum-sum tulang akan diambil

  • Dilakukan apabila doktor berpendapat bahawa sel-sel kanser telah merebah ke bahagian badan yang lain

SCAN TULANG

ASPIRASI SUM-SUM TULANG DAN BIOPSI

PERINGKAT RETINOBLASTOMA (STAGES OF RETINOBLASTOMA)

  • PERINGKAT 0 (STAGE 0)

- Tumor hanya di mata.​

- Mata belum dibuang dan tumor dibuang (tanpa surgeri)

  • PERINGKAT 1 (STAGE 1)

- Tumor di mata sahaja.​

-  Mata telah dibuang dan tiada sel kanser yang tinggal.

  • PERINGKAT 2 (STAGE 2)

- Tumor di mata sahaja​

- Sel kanser ada yang berbaki tetapi boleh dilihat melalui mikroskop sahaja.

  • PERINGKAT 3 (STAGE 3)

Peringkat 3a:

- Kanser sudah merebak dari mata ke tisu disekeliling soket mata (eye socket)

Peringkat 3b:

- Kanser sudah merebak dari mata ke nod limfa (lymph node) berdekatan telinga atau leher.

  • PERINGKAT 4 (STAGE 4)

Peringkat 4a:

- Kanser telah merebak ke satu atau lebih bahagian badan seperti tulang dan hati

Peringkat 4b:

- Kanser telah merebak ke otak atau tulang belakang. Ia boleh juga merebak ke bahagian badan yang lain.

- Kanser mula merebak daripada tempat ia bermula.

 

- Apabila kanser sudah merebak, ia dipanggil metastasis.

- Kanser berpisah dari mana ia bermula dan melalui sistem limfa atau darah untuk ke bahagian badan yang lain.

Terdapat 3 cara untuk kanser merebak ke bahagian badan yang lain:-

1. Tisu

  • Sel kanser merebak bermula dari tempat ia mula ke bahagian yang berdekat.

2. Sistem Limfa (Lymph System)

  • Kanser merebak melalui salur limfa ke bahagian badan yang lain.

3. Darah

  • Kanser tersebar melalui salur darah ke bahagian badan yang lain.

RAWATAN RETINOBLASTOMA

Terdapat beberapa jenis rawatan yang berbeza yang digunakan terhadap pesakit retinoblastoma. Jenis rawatan bergantung kepada sama ada ia intraokular (dalam mata) atau extraokular (luar mata). Rawatan juga bergantung kepada sama ada kanser tersebut sudah ada progres atau kanser tersebut adalah kanser yang berulang.

INTRAOKULAR RETINOBLASTOMA

  • Kanser dijumpa di satu atau di kedua-dua belah mata.

  • Kanser boleh berada di retina atau di bahagian mata yang lain seperti koroid, otot siliari atau bahagian saraf optik

PROGRESIF RETINOBLASTOMA

- Kanser yang terus membesar, merebak atau menjadi semakin teruk

​- Ia boleh menjadi tanda bahawa kanser telah menjadi refraktori terhadap rawatan

EXTRAOKULAR RETINOBLASTOMA

  • Kanser telah merebak ke luar mata. 

  • Kanser boleh dijumpa di tisu mata yang lain (orbital retinoblastoma) atau ia telah merebak ke sistem saraf pusat (central nervous system) atau bahagian badan yang lain seperti tulang, sum-sum tulang dan nod limfa (lymph node).

RETINOBLASTOMA BERULANG 

(Recurrent retinoblastoma)

- Kanser yang terjadi kembali selepas dirawat

- Kanser boleh terjadi semula di mata, tisu sekitar mata atau di bahagian badan yang lain seperti hati, tulang, sum-sum tulang atau nod limfa

Kanak-kanak yang menghidap retinoblastoma perlu mendapatkan rawatan yang dirancang oleh pekerja bahagian kesihatan yang pakar dalam merawat kanser dalam kalangan kanak-kanak. Antara pakar-pakar dalam merawat kanser dalam kanak-kanak ialah:

  • Pakar bedah kanak-kanak

  • Pakar onkologi radiasi

  • Pakar kanak-kanak

  • Pakar jururawat kanak-kanak

  • Pakar rehabilitasi

  • Kaunselor genetik (geneticist)

RAWATAN STANDARD YANG DIGUNAKAN UNTUK MERAWAT RETINOBLASTOMA

1. Krioterapi (Cryotherapy)

  • Menggunakan suhu yang sejuk untuk menghapuskan tisu abnormal.

  • Digunakan untuk merawat tumor yang kecil dan terletak ke arah depan mata.

  • Dipanggil kriosurgeri (cryosurgery).

2. Termoterapi (Thermotherapy)

  • Menggunakan haba untuk menghapuskan sel kanser.

  • Boleh digunakan untuk tumor yang kecil ataupun digabungkan dengan kemoterapi(chemotherapy) semasa merawat tumor yang besar.

3. Kemoterapi (Chemotherapy)

  • Menggunakan dadah (drugs) untuk menghentikan pembesaran sel-sel kanser.

  • Cara chemotherapy diberi adalah berbeza mengikut peringkat (stage) kanser dan di mana terletaknya kanser tersebut di dalam badan.

JENIS-JENIS KEMOTERAPI (CHEMOTHERAPY):

  1. Kemoterapi Sistemik (Systemic Chemotherapy)

  2. Kemoterapi Regional (Regional Chemotherapy)

a) Kemoterapi Infusi Arteri Oftalmik

(Ophtalmic Artery Infusion Chemotherapy)

b) Kemoterapi Intravitreal

(Intravitreal Chemotherapy)

c) Kemoterapi Intratekal

(Intrathecal Chemotherapy)

4. Terapi Radiasi (Radiation Therapy)

  • Menggunakan tenaga x-ray atau radiasi yang lain untuk menghapuskan sel-sel kanser/menghalang sel dari terus membesar.

  • 2 jenis terapi radiasi (radiation therapy) :

a) External-beam radiation therapy

- Intensity-modulated radiation therapy (IMRT)

- Proton beam radiation therapy

b) Internal radiation therapy

- Plaque radiotherapy

5. Kemoterapi dos tinggi dengan penyelamatan sel stem

(High-dose chemotherapy with stem cell rescue)

  •  Sesi kemoterapi akan membunuh semua sel-sel dalam badan termasuk sel yang sihat seperti sel pembentukan darah

  • Dengan adanya rawatan penyelamatan sel stem, sel pembentukan darah dapat digantikan.

6. Surgeri (Enucleation)

  • Pembedahan untuk mengeluarkan mata dan bahagian saraf optik.

  • Sampel tisu mata akan diambil dan diperiksa di bawah mikroskop untuk melihat sama ada kanser telah merebak ataupun tidak.

  • Enucleation dibuat apabila peluang pesakit untuk dapat melihat adalah tipis atau tiada peluang untuk melihat semula.

  • Dilakukan apabila tumor adalah besar, tidak bertindak balas dengan rawatan dan tumor terjadi kembali selepas rawatan.

  • Pesakit akan diberi mata buatan (artificial eyes).

POSTER-POSTER HEBAHAN:

VIDEO-VIDEO HEBAHAN:

VIDEO OLEH: FARAH NABILAH BINTI NAZRI (2019615144)

HEBAHAN DI MEDIA SOSIAL:

  • Instagram
  • Facebook

Retinopati Diabetik (Pemeriksaan Berkala)

Nik Anis Nazira binti A Razak
2019883718
Retinopati-Diabetik.jpg
images.jfif
Retinopati-Diabetes.jpg

APA ITU RETINOPATI DIABETIK?

Retinopati diabetik adalah penyakit yang disebabkan oleh diabetes dan paras gula dalam darah yang tinggi sehingga menjejaskan retina yang terletak di bahagian belakang mata. Retina iaitu satu lapisan sel sensitif yang akan menukarkan cahaya kepada isyarat elektrik yang dihantar ke otak sebagai imej yang dilihat oleh manusia. Lapisan sensitif cahaya ini memerlukan bekalan darah yang berterusan daripada saluran darah untuk berfungsi dengan baik. Namun, bagi sesiapa yang mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi, saluran darahnya mungkin akan rosak.

Terdapat EMPAT peringkat utama retinopati diabetik iaitu:

 

1. Peringkat awal retinopati tanpa proliferasi : Dalam peringkat ini, saluran darah menjadi lemah dan mudah bocor menyebabkan titik-titik pendarahan yang dipanggil “ microaneurysms “ yang menandakan pengembangan yang tidak normal pada salur darah retina. Di peringkat ini microaneurysm dapat dilihat pada satu bahagian retina.

Retinopati diabetik adalah penyakit berperingkat dan ia tidak akan menjejaskan penglihatan anda dalam masa yang singkat. Walaubagaimanapun, jika ia tidak dapat dikesan dan tidak dirawat dengan lebih awal, ia boleh mengancam penglihatan anda sehingga menyebabkan
BUTA.
unnamed.jpg
retinopati6.jpg
retinopati7.jpg
retinopati8.jpg

2. Peringkat pertengahan retinopati tanpa proliferasi : Terdapat lebih banyak “microaneurysm” dan ia dapat dilihat pada lebih daripada satu bahagian retina, pendarahan dalam lapisan retina, kebocoran dan penyempitan salur darah.

3. Peringkat tenat retinopati tanpa proliferasi : Terdapat lebih banyak “microaneurysm” di bahagian retina, pendarahan dalam lapisan retina (IRMA) dan penyempitan saluran darah yang menyebabkan kekurangan oksigen pada retina.

4. Peringkat Retinopati proliferasi: di peringkat ini terjadi pertumbuhan salur darah yang tidak normal akibat dari kekurangan oksigen yang teruk menyebabkan. Ianya sangat halus dan mudah pecah, mengakibatkan berlakunya pendarahan dalam mata. Kesan pendarahan boleh menyebabkan parut pada retina.

retinopati9.jpg

"MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI"

Retinopati Diabetik adalah penyebab utama kebutaan bagi golongan dewasa yang berumur 30 hingga 60  tahun. Ia tidak mempunyai gejala pada peringkat awal. Namun, demikian, penglihatan boleh beransur- ansur menjadi kabur.

Bak ungkapan "Mencegah lebih baik daripada mengubati", adalah lebih baik untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik daripada menderita di masa hadapan.

Jadi, apakah langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan risiko retinopati diabetik?

RETINOPATI DIABETIK.png

RAWATAN UNTUK RETINOPATI DIABETIK

Setelah pesakit diabetes menyedari sebarang perubahan pada penglihatannya, mereka harus mendapatkan nasihat doktor dengan segera dan mendapatkan rawatan. Rawatan untuk retinopati diabetik tidak digalakkan dan hanya perlu jika ia bertambah teruk dan mengancam penglihatan pesakit Terdapat beberapa rawatan untuk retinopati diabetik yang kritikal termasuk:

  • Pemeriksaan berkala iaitu pemeriksaan mata dan suntikan ubat ke dalam mata

  • Rawatan laser.

Pemeriksaan Berkala

Pemeriksaan Mata

Pesakit kencing manis perlu menjalani pemeriksaan mata tahunan untuk memeriksa keadaan mata mereka. Pemeriksaan mata ini dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun dan digalakkan untuk pesakit yang berumur 12 tahun ke atas. Ujian ini akan dijalankan dengan mengambil gambar retina iaitu bahagian belakang mata untuk mengesan sebarang perubahan. Setelah ujian dilakukan, doctor akan menentukan sama ada pesakit perlu datang secara berkala atau hanya setahun sekali. Pemeriksaan mata bagi pesakit kencing manis ini adalah langkah pencegahan yang penting kerana ia dapat

  • Mengesan masalah mata dan mengurangkan risiko kehilangan penglihatan.

  • Tanpa pemeriksaan mata, ia boleh membawa kepada masalah yang lebih teruk sehingga menyebabkan buta.

  • Mengigatkan pesakit untuk mengambil langkah berjaga-jaga kerana retinopati diabetik tidak menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal.

Suntikan

Selain pemeriksaan mata, suntikan berkala juga diberikan kepada pesakit iaitu sebulan sekali pada awalnya kerana ia boleh meningkatkan penglihatan pesakit. Sebaik sahaja penglihatan pesakit menjadi lebih baik, suntikan mungkin tidak diperlukan atau dikurangkan. Suntikan ini menggunakan ubat Anti-VEGF seperti ranibizumab (Lucentis) dan aflibercept (Eylea) yang disapu terus pada mata untuk mengelakkan pembentukan salur darah baru di retina. Walau bagaimanapun, sekiranya ubat Anti-VEGF tidak berkesan, doktor akan menyuntik ubat steroid sebagai gantinya.

Prosedur Suntikan Anti-VEGF:

  • Kulit di sekeliling mata akan dibersihkan dan ditutup dengan kain.

  • Untuk memastikan mata terbuka, doktor akan menggunakan satu klip kecil.

  • Anestetik akan dititiskan ke dalam mata untuk memastikan mata kebas supaya tidak merasa sakit.

  • Suntikan akan diberikan pada bebola mata dengan menggunakan jarum yang sangat halus.

Risiko & Kesan Sampingan

  • Kerengsaan mata (mata berair atau kering serta gatal) atau pendarahan mata.

  • Merasakan ada sesuatu di dalam mata anda.

  • Ia boleh menyebabkan pembekuan darah yang boleh mengakibatkan serangan jantung atau strok. Risiko ini mungkin kecil, tetapi ia harus dibincangkan dengan pesakit sebelum rawatan dimulakan.

  • Risiko utama bagi suntikan steroid ialah ia akan meningkatkan tekanan di dalam mata.

Ubat-ubat yang digunakan

Mata Berair dan Gatal

Mata Berair dan Gatal

Mata berair dan merah akibat gatal.

"Floaters"

"Floaters"

Pesakit melihat "floaters" pada sekeliling mereka.

Rawatan Laser

Diebetic Eye Treatment.jfif

Rawatan laser dianggap sebagai rawatan lanjutan untuk retinopati diabetik yang kritikal. Ia akan merawat saluran darah baru yang lemah di retina bagi pendarahan ke dalam mata. Walau bagaimanapun, rawatan ini tidak dapat meningkatkan tahap penglihatan pesakit dan hanya boleh mengelakkan penglihatan daripada menjadi lebih teruk. Selain itu, pesakit diabetes mungkin perlu melawat klinik rawatan laser ini lebih daripada sekali bagi menstabilkan keadaan mata mereka. Rawatan laser ini tidak menyakitkan dan biasanya akan mengambil masa sekitar 20 hingga 40 minit sahaja untuk dilakukan oleh pakar. Para pesakit boleh terus pulang ke rumah dengan bantuan orang lain selepas rawatan dijalankan.

Prosedur Rawatan Laser

  • Ia melibatkan sinaran laser ke dalam mata pesakit.

  • Pesakit akan diberikan titisan anestetik untuk mengebaskan mata dan membesarkan bebola mata.

  • Doktor akan memasukkan kanta sentuh khas untuk memastikan kelopak mata sentiasa terbuka bagi memfokuskan laser pada retina.

  • Laser akan dipancarkan ke dalam mata pesakit. Pesakit mungkin merasakan sedikit kesakitan semasa proses ini dijalankan kerana bahagian mata yang tertentu sedang dirawat.

kapli-pri-travme-glaz-spisok-preparatov-instrukciya-po-primeneniyu-i-otzivi.jpg
kanta02.jpg_1492272373.jpg
images (3).jfif

Kesan Sampingan & Komplikasi

download (3).jfif
download (4).jfif
download (5).jfif
  • Penglihatan kabur dan penglihatan malam berkurangan.

  • Mata menjadi lebih sensitif terhadap cahaya.

  • Sakit (mata berdarah) dan merasakan ada objek terapung pada mata.

  • Ketidakselesaan (melihat sinaran yang dibuat oleh laser pada retina selama beberapa bulan)

  • Wujud titik buta kecil yang kekal berdekatan dengan pusat penglihatan.

RETINOPATI DIABETIK: RAWATAN
06:07
DIABETIC RETINOPATHY
04:30

Video Dokumentari

Screenshot (1041).png
Screenshot (1042).png
photo_2022-01-12_09-35-45.jpg

Infografik

RETINOPATI DIABETIK.png
1.png
Reduce The Risk of Diabetic Retinopathy (1).png
3.333.png
1.png

Media Sosial

photo_2022-01-12_09-38-31 (2).jpg
photo_2022-01-12_09-38-31.jpg
photo_2022-01-12_09-35-48.jpg
photo_2022-01-12_09-35-47.jpg
photo_2022-01-12_09-35-45 (2).jpg
bottom of page