"The eyes are the window to your soul" - William Shakesphere
KUMPULAN 7
Miopia (Rabun Jauh)
NUR NABILAH BT RAMLI
2019615022
Mengenal miopia

Rabun Jauh Pada Mata
Kerabunan atau lebih khusus disebut ralat biasan atau ralat refraktif adalah masalah penglihatan disebabkan kekurangan menumpukan cahaya dengan tepat pada retina kerana bentuk mata.
Miopia, yang juga dipanggil rabun jauh merupakan sebahagian masalah kesihatan awam bagi seluruh masyarakat dunia sejak berdekad lalu. Populasi yang menghidap miopia semakin meningkat hingga taraf yang merisaukan sejak beberapa tahun belakangan ini pada masing-masing negara. Sebagaimana di negara Asia seperti Singapura dan Taiwan didapati rabun jauh melibatkan 85% dan 90% daripada kalangan orang muda. Pada masa ini, kira-kira 1.5 bilion orang di seluruh dunia (hampir satu perempat daripada populasi global) mengalami rabun jauh. Dijangkakan pada tahun 2050, separuh daripada penduduk dunia (hampir 5 bilion) akan mengalami rabun jauh yang disebabkan terutamanya oleh faktor gaya hidup.
22% -> 31% -> 46%
(Peratusan orang yang menghidap miopia akan semakin
meningkat apabila kedua-dua ibu bapa mempunyai rabun jauh)

Penglihatan miopia
.png)
Seseorang yang mempunyai miopia ataupun rabun jauh dapat melihat objek dekat dengan jelas tetapi objek yang jauh kelihatan kabur. Miopia juga boleh dibahagikan kepada miopia mudah dan miopia patalogi. Miopia patalogi merupakan miopia yang mempunyai kuasa refraksi yang sangat tinggi (-6.00 dan ke atas). Keadaan ini boleh berlaku pada semua peringkat umur namun lazimnya melibatkan umur di antara 30 hingga 50 tahun. Miopia dengan kuasa refraksi yang tinggi kebanyakkannya berisiko mendapat komplikasi seperti degenerasi makula, glaukoma, katarak dan lekangan retina.
Bagaimana miopia boleh terjadi?

Cahaya yang masuk ke dalam mata terfokus pada hadapan retina (mengesan cahaya dan menghantar signal ke otak untuk melihat). Oleh itu, pandangan individu yang mengalami rabun jauh akan menjadi kabur jika sesuatu objek tersebut berada pada jarak yang jauh. Namun, pada jarak yang dekat individu itu dapat melihat dengan jelas.
Dua keadaan yang menyebabkan terjadinya rabun jauh, iaitu:
-
Bebola mata terlalu panjang
-
Kornea mata terlalu melengkung
Perkara ini menyebabkan cahaya tidak dapat difokuskan secara tepat pada retina. Lalu imej yang terbentuk itu kelihatan kabur.
Di asia hampir 85% kanak- kanak mengalami rabun jauh.
Di Malaysia 42% kanak- kanak perlu memakai
cermin mata akibat rabun jauh.
Tanda - tanda sesorang itu mengalami miopia

Gejala rabun berbeza antara orang ke orang. Rabun jauh biasanya bermula sekitar akil baligh dan menjadi lebih teruk dari semasa ke semasa sehingga mata membesar sepenuhnya.
Dengan melihat tanda-tanda tertentu, anda boleh mengenal pasti rabun pada kanak-kanak, seperti menyipitkan mata apabila ingin melihat objek pada jarak yang jauh, sering menggosok mata ketika apabila objek kelihatan kabur, kerap mengerdipkan mata atau mengadu tentang sakit kepala.
.
Pada awalnya, struktur bebola mata manusia adalah berbentuk sphere. Tetapi, apabila miopia berlaku, struktur bebola mata manusia berubah semakin memanjang kehadapan. Ini menyebabkan cahaya yang masuk dalam mata tidak boleh fokus pada makula, cahaya jatuh didepan retina.Pandangan akan kelihatan kabur apabila memandang objek yang jauh. Jika berlaku pada awal usia dan tidak dirawat akan menjadikan pandangan mata lebih teruk.
Apa itu "Floaters "?

Antara bayangan "floaters" yang biasa dilihat orang orang yang mempunyai rabun jauh.



Kenapa kita perlu risau?

Komplikasi miopia

Seseorang yang didiagnos menghidap rabun jauh perlulah mendapatkan pandangan doktor pakar mata dan menjalani rawatan. Jika dibiarkan, dapat membahayakan penglihatan mata. Pelbagai komplikasi yang akan berlaku pada mata jika tidak diambil serius. Rabun jauh yang tinggi, dapat dikaitkan dengan risiko yang tinggi seperti:
1. Glaukoma
2. Lekangan Retina
3. Katarak
4. Degenerasi Makula
Cara untuk melambatkan perkembangan miopia

Miopia atau rabun jauh memang boleh diatasi dengan menggunakan kacamata. Namun, anda juga boleh meningkatkan kesihatan mata sekaligus mencegah kerosakan lebih parah, dengan beberapa langkah berikut ini, yang boleh dilakukan di rumah.
Jangan melihat gajet terlalu lama
Rehatkan diri dan mata dari gadget. Penggunaan mata untuk bekerja dengan gadget selama berjam-jam akan memaksa mata untuk fokus kepada objek yang sangat dekat sehingga rabun jauh boleh terjadi.
Makan makanan yang mengandungi vitamin A,C dan E
Vitamin A, C, dan E seringkali dipercayai sebagai nutrisi yang boleh menyihatkan mata dan boleh mengurangkan risiko penyakit mata. Berikut adalah makanan - makanan yang baik untuk kesihatan mata seperti ikan, kacang, buah - buahan, sayuran hijau, daging dan telur. Makanlah makanan yang sihat ini demi mencegah kerosakan pada mata yang lebih parah.
Sentiasa periksa mata secara teratur dengan doktor pakar mata
Dapatkan pemeriksaan mata sekurang-kurangnya sekali setahun bagi memastikan tahap penglihatan dan kesihatan mata anda sentiasa berada dalam keadaan baik.
Pakai cermin mata UV
Cermin mata hitam (sunglasses) ialah cermin mata yang memberikan perlindungan sinaran Ultra Violet (UV) daripada cahaya matahari. Pastikan anda mendapatkan nasihat daripada optometris ketika memilih cermin mata hitam yang sesuai dengan anda. Cermin mata hitam yang baik adalah yang dapat menapis dan memberi perlindungan sebanyak 99-100% UVA dan UVB daripada cahaya matahari. Sinaran UV boleh menyebabkan katarak.
Melakukan aktiviti diluar rumah
Kajian menunjukkan bahawa melakukan aktiviti di luar rumah boleh mengurangi perkembangan rabun jauh. Biasanya doktor akan menyarankan untuk bermain di luar rumah selama 120 minit setiap hari. Melakukan aktiviti diluar rumah juga boleh membantu untuk menurunkan obesiti meningkatkan kadar vitamin D dan selain itu boleh menambah kenalan dengan orang baru.

Sayangilah Penglihatan
MATA anda.
Jauhi tabiat buruk yang
boleh merosakkan
penglihatan mata anda !
Infografik/Poster
Tekan ikon facebook
untuk ke Pages
Hebahan
(Hebahan Di Facebook)
Video Dokumentari
Youtube 1: Apa Itu "Miopia"
(Rabun Jauh)
Youtube 2: Sesi Temu Bual
Tentang Rabun Jauh


Masalah Refraktif & Punca
(Rabun Jauh)
Nur Nadirah Binti Ismail
2019461938
Masalah Refraktif

Penyakit
Penyakit seperti kencing manis atau katarak mata ialah salah satu penyumbang kepada rabun jauh.



Gaya hidup
Tekanan penglihatan sering berlaku kepada golongan dewasa seperti bekerja di depan komputer yang memerlukan fokus ke dalam skrin juga penyebab rabun.
Keturunan
Disebabkan miopia ialah penyakit keturunan, maka masalah ini akan berlaku kepada anak-anak yang masih kecil atau ketika meningkat dewasa.
Sekiranya bola mata panjang berlebihan yang menganggu kornea dan lensa dalam pemfokusan kuasa mata, ianya memberi kesan kepada cahaya pada retina.
Inilah masalah refraktif.
.
Sinar cahaya fokus terus ke hadapan daripada terus ke permukaan.
Apabila cahaya melalui terlalu ke depan retina, ini menjadikan miopia.
Punca-punca



Miopia terjadi hampir semuanya datangnya dari keturunan atau gaya hidup seseorang itu sendiri dan juga, makin menular dalam diri mereka sendiri.
Walaubagaimanapun, ianya berlaku dan diperolehi sejak kecil dari kanak-kanak lagi.
Keadaan ini selalunya bertambah baik mengikut umur walaupun ianya juga akan bertambah teruk.
Miopia boleh menjadi teruk mengikut umur terutamanya apabila tumbesaran sebelum peringkat remaja dan remaja.
.jpg)
.jpg)
.jpg)

RABUN JAUH


Video-video ini telah dilampirkan bersama
Video 1: Dokumentari mengenai rabun jauh
Video 2: Sesi interviu bersama Nurmaisyamimi
Video 3: Sesi interviu bersama Zakinah Zaidi
Boleh dapatkan lebih terperinci di media sosial saya
Infografik 1:
Persoalan mengenai kaitan rabun & kencing manis
Infografik 2: Simptom Katarak mata

Infografik 3:
Bagaimana Diabetes boleh menyebabkan rabun

Infografik 4:
Diabetes juga Penyebab Rabun Jauh
RAWATAN UNTUK MASALAH REFRAKTIF (MYOPIA)
NURSYAZRAH ASHIRA BINTI SHAHDAN
(2019482406)
Kenal pasti tanda dan gejala ralat refraktif sebelum mendapatkan rawatan ! ! !
-
Penglihatan kabur
-
Penglihatan berganda
-
Silau di sekeliling lampu yang terang
-
Menutup sebahagian mata untuk melihat dengan lebih jelas
-
Sakit kepala
-
Ketegangan mata (mata terasa letih atau sakit)
-
Susah untuk fokus semasa membaca atau melihat komputer
Dapatkan pemeriksaan fundus (dilated eye exam) terlebih dahulu!
Apakah itu pemeriksaan fundus
(dilated eye exam) ?
Pemeriksaan fundus ialah pemeriksaan mata yang sangat penting untuk kesihatan mata anda. Ia adalah cara terbaik untuk doktor mata memeriksa penyakit mata tertentu, terutamanya yang tidak mempunyai tanda amaran awal.
Pemeriksaan fundus juga membantu mendiagnosis beberapa keadaan dan penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi dan diabetes yang boleh menjejaskan penglihatan mata. Ini kerana keadaan tersebut boleh menyebabkan perubahan pada mata. Sebagai contoh, tekanan darah tinggi boleh merosakkan saluran darah di retina anda.
Perkara sebegini adalah penting untuk kita tahu kerana apabila anda kehilangan penglihatan anda, ia akan menjadikan rawatan mata menjadi lebih sukar. Pemeriksaan fundus adalah sangat penting untuk semua orang kerana kesihatan mata adalah penunjuk untuk kesihatan keseluruhan badan anda.


Apakah yang akan berlaku semasa pemeriksaan fundus?
-
Ujian ketajaman visual : peperiksaan mata yang memeriksa sejauh mana anda melihat butiran huruf atau simbol dari jarak tertentu.
-
Ujian medan visual : untuk memeriksa penglihatan anda dari sisi dan lebar kawasan yang mata anda boleh lihat apabila fokus pada titik pusat.
-
Ujian fungsi otot mata : untuk memeriksa otot di sekeliling bola mata anda. Doktor anda akan menggerakkan objek dan meminta anda mengikutinya dengan mata.
-
Ujian tindak balas anak mata : Cahaya akan dipancarkan ke mata anda dari setiap sisi. Doktor akan memeriksa bagaimana anak mata anda bertindak balas terhadap cahaya.
-
Ujian tonometri : Memeriksa tekanan di dalam mata anda.
-
Dilation : Anda akan menerima titisan mata khas untuk melebarkan anak mata. Anak mata akan terbuka luas membolehkan doktor melihat bahagian belakang mata dengan jelas. Dengan pandangan yang lebih baik dari belakang mata, doktor boleh mencari tanda-tanda penyakit mata.
-
Ujian ketajaman visual : peperiksaan mata yang memeriksa sejauh mana anda melihat butiran huruf atau simbol dari jarak tertentu.
-
Ujian medan visual : untuk memeriksa penglihatan anda dari sisi dan lebar kawasan yang mata anda boleh lihat apabila fokus pada titik pusat.
-
Ujian fungsi otot mata : untuk memeriksa otot di sekeliling bola mata anda. Doktor anda akan menggerakkan objek dan meminta anda mengikutinya dengan mata.
-
Ujian tindak balas anak mata : Cahaya akan dipancarkan ke mata anda dari setiap sisi. Doktor akan memeriksa bagaimana anak mata anda bertindak balas terhadap cahaya.
-
Ujian tonometri : Memeriksa tekanan di dalam mata anda.
-
Dilation : Anda akan menerima titisan mata khas untuk melebarkan anak mata. Anak mata akan terbuka luas membolehkan doktor melihat bahagian belakang mata dengan jelas. Dengan pandangan yang lebih baik dari belakang mata, doktor boleh mencari tanda-tanda penyakit mata.

Rawatan untuk ralat refraktif
1. CERMIN MATA
Cermin mata boleh membantu orang yang mengalami masalah penglihatan yang lemah akibat ralat biasan yang tidak diperbetulkan. Keupayaan medium lutsinar, seperti kaca, ia membantu membengkokkan cahaya untuk menjadikannya fokus dengan betul pada retina anda (lapisan tisu sensitif cahaya di bahagian belakang mata). Cermin mata meningkatkan penglihatan anda semasa memakainya, ia tidak memberi kesan pada mata anda. Memakai cermin mata tidak memburukkan penglihatan anda atau menjadikan mata anda lebih lemah.
2. KANTA SENTUH (contact lenses)
Kanta sentuh ialah peranti perubatan yang dipakai terus pada kornea mata. Fungsinya sama seperti cermin mata di mana ia membantu membetulkan masalah penglihatan yang disebabkan oleh ralat biasan. Kanta sentuh bergerak dengan mata anda, memberikan medan pandangan semula jadi. Berbanding dengan cermin mata, ia tidak menghalang penglihatan anda dengan bingkai. Kebersihan dan penjagaan kanta yang betul adalah sangat penting untuk mengelakkan jangkitan dan masalah lain.
3. PEMBEDAHAN (LASIK)
Pembedahan yang boleh membetulkan ralat biasan dipanggil LASIK (laser-assisted in situ keratomileusis). Ia menggunakan laser untuk menukar bentuk kornea, yang merupakan penutup jelas di hadapan mata anda. Bagi rabun jauh, ia berlaku apabila kornea terlalu melengkung, jadi sinaran cahaya tertumpu di hadapan retina. LASIK boleh menjadikan bahagian tengah kornea lebih rata dengan mengeluarkan lebih banyak tisu dari tengah dan dari tepi.
INFO TAMBAHAN :



.png)

VIDEO :
MEDIA SOSIAL :
click me ^
.png)
.png)