"The eyes are the window to your soul" - William Shakesphere
KUMPULAN 6
Ambliopia
NORSYAHIRAH BINTI AZNOR
(2019496078)


.png)
.png)
.png)

Bagaimanakah Penglihatan Ambliopia?

Penglihatan Ambliopia
Penglihatan Normal

Selebriti Terkenal Yang Mengalami Ambliopia
![]() | ![]() |
---|---|
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
Paris Hilton, Zac Efron, Kristen Bell, Taylor Lautner, Ryan Glosing & Katy Perry.
Mengenali Perkembangan Penglihatan
.png)
.png)
.png)
Gangguan Mata Yang Boleh Menyebabkan Ambliopia

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
Mengapa Penting Merawat Ambliopia?

Jika mempunyai ambliopia kekal, sebelah mata tidak dapat melihat dengan betul. Tahap kecacatan penglihatan boleh berbeza-beza. Meskipun dapat melihat dengan cukup baik dari sebelah mata, adalah lebih baik untuk memastikan kedua belah mata dapat berfungsi sepenuhnya.
Walaupun dengan ambliopia ringan, penglihatan 3 Dimensi (3D) atau kedalaman mungkis terjejas dan deria jarak dan kedalaman yang baik akan merosot. Keadaan ini boleh menjejaskan koordinasi mata-tangan apabila melakukan tugas seperti memasukkan benang kedalam lubang jarum.
Rawatan Ambliopia

.png)
.png)
Latihan Bagi Mata Malas
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
Latihan ini TIDAK dapat membetulkan mata yang malas secara langsung, tetapi dapat meningkatkan keupayaan mata untuk bekerjasama. Disarankan untuk melakukan latihan ini secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang baik!

Video Dokumentari
Poster
Sosial Media
STRABISMUS (Mata Bersilang/ Mata Juling)
WAN IZWANIS IZURIN BINTI WAN UBAIDILLAH
2019619304
PENGENALAN
APAKAH ITU AMBLIOPIA?

"Lazy Eye" atau "mata malas" dalam bahasa sainsnya adalah Ambliopia. Ianya penyakit atau masalah pada kanak-kanak di mana salah satu mata lemah. Otak memilih untuk mengambil gambar dari mata yang lebih kuat dan mengabaikan gambar dari mata yang lebih lemah.
Jika mata yang lemah tidak digunakan, mata itu tidak mampu mengembangkan penglihatan yang baik. Hal ini menyebabkan penglihatan berkurang di mata yang lebih lemah. Ambliopia biasanya hanya mempengaruhi satu mata sahaja.

APAKAH PERBEZAAN ANTARA STRABISMUS DAN AMBLIOPIA?


SIAPAKAH YANG BERISIKO MENDAPAT AMBLIOPIA?


Sejarah keluarga yang mengalami masalah ambliopia
Kelahiran pramatang
(lahir awal bulan)

Kecacatan perkembangan
APAKAH PUNCA BERLAKUNYA AMBLIOPIA?
PUNCA AMBLIOPIA
1) Strabismus
(ketidakseimbangan otot/mata juling)

2) Anisometropia Refraktif
(Kesalahan dalam pembiasan mata)

3) Masalah Struktur Mata

1) Strabismus (ketidakseimbangan otot/mata juling)
-
Strabismus juga dikenali sebagai Ambliopia Strabismik.
-
Strabismus ialah ketidakseimbangan dalam otot mata yang berfungsi menentukan kedudukan mata.
-
Ketidakseimbangan ini boleh menyebabkan mata berubah kedudukan dan menghalang keduanya selari dengan cara yang betul.
-
Otak akan mengabaikan input daripada mata serong untuk mengelakkan kekeliruan penglihatan berganda dalam otak yang sedang berkembang.
-
Mata ini kemudiannya mengalami masalah ketajaman penglihatan kerana otak memihak kepada mata yang lurus dan kuat.


4 JENIS STRABISMUS
(Mata Juling)
Esotropia
(kedua-dua mata atau salah satu menoleh ke dalam)

-
Esotropia ini sering berlaku pada kanak-kanak berusia 2 tahun atau lebih.
-
Esotropia akomodatif biasanya terjadi pada orang-orang yang menderita hiperopia atau rabun dekat.
-
Pada waktu ini, salah satu mata melihat kehadapan,tetapi mata yang lain bergerak ke arah dalam.
-
Akibatnya, kanak-kanak ini menggunakan satu mata yang memerlukan tenaga yang lebih banyak untuk fokus melihat benda di sekitarnya.
Eksotropia
(Satu atau kedua-dua mata berpaling keluar dari hidung)

-
Exotropia ini terjadi ketika kedua-dua mata tidak dapat bergerak secara bersama.
-
Salah satu mata akan fokus pada objek atau bergerak ke arah tertentu, sedangkan mata lainnya bergerak ke arah berbeza.
-
Eksotropia intermiten boleh terjadi pada semua orang dari setiap kelompok usia.
-
Penyakit ini kebiasaannya boleh didiagnosis di awal usia.
Hipertropia
(Sebelah mata pusing ke atas)

-
Strabismus ini biasanya didiagnosis pada usia kanak-kanak.
-
Penyakit ini menjejaskan kira-kira 2 peratus daripada setiap 100 kanak-kanak.
-
Hipertropia adalah jenis strabismus yang paling jarang berlaku.
-
Keadaan ini juga boleh berlaku pada masa dewasa, selalunya akibat penyakit atau kecederaan pada mata.
Hipotropia
(Sebelah mata berpusing ke bawah

-
Antara simtom penyakit ini ialah pesakit boleh mengalami penglihatan berganda (diplopia) berpunca daripada ketidakselarasan antara dua mata.
-
Penglihatan berganda sering muncul sebagai dua imej "bertindan" di atas satu sama lain.
-
Strabismus hampir selalu muncul pada usia awal.
-
Jika tidak diperbetulkan, keadaan ini boleh menjejaskan penglihatan pada mata yang tidak fokus, serta menjejaskan penampilan kanak-kanak.
JENIS-JENIS STRABISMUS
(MATA JULING)


2) Anisometropia Refraktif (kesalahan dalam pembiasan mata)
-
Anisometropia Refraktif juga dikenali sebagai Ambliopia Refraktif.
-
Ambliopia Refraktif ialah perkembangan visual yang lemah disebabkan oleh perbezaan jumlah ralat pembiasan antara mata.
-
Walaupun kanak-kanak itu mungkin mempunyai penjajaran mata yang betul, dia mungkin mengalami rabun dekat, rabun jauh atau astigmatisme yang ketara pada sebelah mata, sementara tidak mengalami sebarang gejala ini pada sebelah mata yang lain.
-
Mengalami Diplopia (penglihatan berganda) iaitu keadaan apabila anda melihat satu imej sahaja tetapi dalam penglihatan anda terdapat dua imej.


Apabila ini berlaku, otak menjadi bergantung kepada mata yang lebih baik, sementara sebahagian besarnya mengabaikan masalah mata dengan ralat pembiasan yang lebih banyak.
Ini membawa kepada kekurangan penggunaan mata yang lemah itu dan amblyopia berlaku pada mata itu.
3 JENIS KESALAHAN DALAM PEMBIASAN MATA
MIOPIA-Rabun Jauh
HIPEROPIA-Rabun Dekat
ASTIGMATISME-Rabun Silau



APAKAH ITU MIOPIA, HIPEROPIA DAN ASTIGMATISME?

3) Masalah Struktur Mata
Kadangkala, mata mempunyai masalah struktur yang boleh menyebabkan ambliopia, termasuk:
-
Katarak, yang menyebabkan kekeruhan pada kanta mata dan penglihatan menjadi kabur.
-
Kelopak mata terkulai.(Floppy Eyelid Syndrome)
-
Parut pada kornea.

Katarak mata

Kelopak Mata Terkulai
(Floppy Eyelid Syndrome)
APAKAH RAWATAN BAGI PENYAKIT AMBLIOPIA?
Rawatan ambliopia adalah lebih berkesan jika ia bermula lebih awal, sementara hubungan antara mata dan otak masih berkembang.
RAWATAN AMBLIOPIA
TOMPOK MATA (Eye Patches)

TITISAN MATA (Atropin)
(Eye Drops)
MEMAKAI CERMIN MATA (Eyeglasses)



Dokumentari Video
Video Dokumentari 1
Video Dokumentari 2
Video Dokumentari 3
POSTER & INFOGRAFIK







Media Sosial (HEBAHAN)
FACEBOOK (Wan Izwanis Izurin)
%20Wan%20Izwanis%20Izurin%20Facebook.png)
%20Wan%20Izwanis%20Izurin%20Facebook.png)
%20Wan%20Izwanis%20Izurin%20Facebook.png)
%20Wan%20Izwanis%20Izurin%20Facebook.png)
%20Wan%20Izwanis%20Izurin%20Facebook.png)
%20Wan%20Izwanis%20Izurin%20Facebook.png)


Video Dokumentari 1
%20Wan%20Izwanis%20Izurin%20Facebook.png)

YouTube (Wan Izwanis Izurin)



Video Dokumentari 2
YouTube (Wan Izwanis Izurin)



Video Dokumentari 3
YouTube (Wan Izwanis Izurin)



Tampalan Mata
NUR SYAHILAH BINTI ZAINURI
2019482154

BAGAIMANA
AMBLIOPIA?
Mendiagnosis

Mendiagnosis penyakit Ambliopia tidak boleh dipastikan dengan mata kasar. Untuk mengenal pasti seseorang kanak-kanak itu menghidapi Ambliopia atau tidak, mereka perlu menjalani pemeriksaan mata yang menyeluruh oleh pakar optometri dan oftalmologi.
Bukan itu sahaja, malah pesakit juga disarankan untuk melakukan pemeriksaan tahap penglihatan dan pemeriksaan kuasa cermin mata.
Kanak-kanak disyorkan untuk menjalani pemeriksaan mata apabila mereka berumur 6 bulan dan 3 tahun. Selepas itu, kanak-kanak harus menerima peperiksaan rutin setiap 2 tahun, atau lebih kerap, dari umur 6 hingga 18 tahun.
Ambliopia merupakan ketidakseimbangan dalam penglihatan antara dua mata, memaksa otak untuk mengutamakan apa yang dilihatnya, sama ada dari mata yang lebih kuat atau yang lebih lemah. Oleh kerana otak akan memberi tumpuan kepada mata yang lebih kuat, input daripada mata yang lemah akan semakin berkurangan, mengakibatkan laluan neurologi berkembang secara tidak betul.
APA ITU
Ambliopia ?
AMBLIOPIA
Doktor mendiagnosis Ambliopia dengan memeriksa kejelasan penglihatan pesakit, kekuatan otot mata, dan sejauh mana fokus mata pesakit. Antara tanda awal yang dikesan adalah apabila mata mengembara atau terdapat perbezaan pada penglihatan antara mata.
Berikut adalah contoh siri pemeriksaan mata yang standard untuk menilai tahap penglihatan
Mengenal pasti huruf atau bentuk pada carta
Mengikuti cahaya dengan setiap mata dan kemudian kedua mata
Pemeriksaan menggunakan alat pembesar
ADAKAH
Ambliopia
BOLEH DIRAWAT ?
Oleh kerana ambliopia berlaku kerana laluan neurologi visual yang rosak, rawatan terbaik adalah terapi penglihatan. Terapi penglihatan mewujudkan persekitaran di mana kedua-dua mata dianggap sama dan otak kemudiannya boleh dilatih semula cara menggunakan penglihatan dengan betul.
Ambliopia bermula pada zaman kanak-kanak, biasanya antara umur 6 dan 9. Mengenal pasti dan merawatnya sebelum umur 7 membawa peluang terbaik untuk membetulkan keadaan sepenuhnya.
PENTINGKAH
Merawat
AMBLIOPIA?

Merawati penyakit Ambliopia sejak awal tidak patut dipandang remeh oleh ibu bapa atau masyarakat. Ini kerana penyakit Ambliopia boleh dirawati dan masalah kesihatan mata yang serius juga boleh dielakkan sekiranya penyakit ini dikesan awal.
Kepentingan yang utama dalam merawati mata malas adalah untuk membolehkan pesakit melihat dengan jelas menggunakan kedua-dua belah mata selain daripada memastikan mata berfungsi secara efektif tanpa halangan lain.
Poster dibawah akan menerangkan mengapa pentingnya untuk mendapatkan rawatan awal serta bagaimana ia memberi impak dalam jangka masa panjang.

Tujuan
DUA BELAH MATA
Meningkatkan penglihatan dan binokular, memastikan kanak-kanak memenuhi tahap asas dan dapat menyelesaikan tugas visual rutin
SEBELAH MATA
Bantu kanak-kanak mencapai pencapaian perkembangan yang terlepas seperti berjalan, mengawal keseimbangan dengan kurang ketakutan untuk jatuh
MERAWAT

Menggantikan mata dominan sekiranya berlaku kemalangan atau trauma ke atas mata tersebut

APAKAH
AMBLIOPIA ?
Rawatan Terbaik
Perkara pertama dalam merawati Ambliopia adalah dengan mengesan punca mengapa terjadinya penyakit Ambliopia pada mata pesakit dan merawat punca tersebut dahulu. Setelah punca tersebut dikenalpasti dan dirawat, prosedur kedua adalah merawat penyakit Ambliopia dengan melatih mata menggunakan beberapa kaedah mudah.
Terdapat tiga punca utama yang menyumbang kepada penyakit Ambliopia. Ketiga-tiga punca ini juga memerlukan rawatan yang berbeza untuk membaik pulih keadaan mata. Secara saintifik, punca tersebut adalah disebabkan juling sebelah mata (Strabismus), masalah biasan/rabun (Refractive Error) dan penglihatan yang terhalang disebabkan abnormaliti struktur mata.
Strabismus

Gambar Hiasan : Juling Ke Luar (Exotropia)
Strabismus atau juling adalah masalah kedudukan mata yang tidak sejajar bagi sebelah mata. Terdapat pelbagai jenis juling seperti juling ke dalam, ke luar, ke atas dan ke bawah.
Setiap satu mata berfungsi untuk melihat objek yang berada di hadapan supaya imej dapat dibentuk dan dihantar ke otak. Bagi mereka yang mempunyai sebelah mata juling, imej yang dihasilkan menjadi dua.

Hasil daripada penghasilan dua imej ini, pesakit akan berasa pening dan loya. Oleh itu, bagi mengelakkan kekeliruan dan kecelaruan, otak pesakit akan mengabaikan mata juling tersebut dan hanya menggunakan mata dominan untuk melihat. Maka, mata juling tersebut akan menjadi kabur dan menjadi penyakit Ambliopia.
Antara rawatan untuk membaiki keadaan mata juling yang serius ialah dengan menjalankan pembedahan. Pembedahan mata juling ini akan menyelaraskan kedudukan mata sama ada otot pada mata akan dipotong sedikit atau dialihkan pada satu posisi yang sesuai.
Masalah Pembiasan

Gambar Hiasan : Jenis Masalah Pembiasan Mata
Refractive error atau sering disebut sebagai anisometropia adalah kondisi di mana terdapat perbezaan rabun yang tinggi antara kedua-dua mata. Rabun yang sering berlaku adalah rabun dekat (hypermetropia) , rabun jauh (myopia) dan juga astigmatisma.
Sebagai contoh, mata kanan merupakan mata normal, mata kiri mempunyai rabun jauh atau dekat yang sangat tinggi. Di dalam situasi ini, mata yang rabun tersebut akan diabaikan untuk menghasilkan imej. Oleh itu, otak akan kekal menggunakan mata normal/dominan iaitu mata kanan sahaja untuk melihat.
Penglihatan pada mata yang mempunyai rabun yang tinggi akan lebih kabur. Secara semulajadi, otak akan perlahan-lahan mengabaikan mata tersebut dan hanya melihat dengan mata dominan. Mata yang tidak digunakan akan menjadi ambliopia jika tidak di rawat.
Bagi keadaan rabun ini, pesakit boleh membetulkan mata yang rabun menggunakan cermin mata atau pun kanta lekap yang sesuai dengan kondisi mata.
Abnormaliti Struktur Mata

Gambar Hiasan : Mata Kuyu (Droopy Eyes)
Ketidaknormalan pada mata berlaku apabila terdapat ciri-ciri fizikal yang menghalang cahaya daripada menembus masuk ke mata. Antaranya ialah disebabkan mata kuyu (Ptosis) atau katarak.
Mata kuyu adalah kondisi di mana kelopak mata sedikit jatuh sehingga menutup separuh mata ketika mata dibuka. Manakala katarak terhasil apabila terdapat pigmen kanta kristalin menjadi putih dan legap pada mata.
Oleh itu, kedua-dua kondisi ini perlu dirawat melalui pembedahan.
Gambar Hiasan : Katarak Mata (Cataract)

Bagi mata kuyu, pembedahan yang dilakukan adalah bertujuan untuk membuang kulit yang berlebihan pada kelopak mata atau menguatkan otot saraf pada kelopak mata.
Bagi pembedahan merawat katarak, pigmen yang menghalang cahaya daripada masuk kedalam mata akan dibuang dan digantikan dengan pigmen tiruan.
Jadi, apakah rawatan bagi Ambliopia setelah ketiga-tiga punca telah dirawat?
Terdapat beberapa rawatan yang menjadi saranan pakar optometri untuk merawat Ambliopia. Pertama ialah melakukan terapi oklusi melalui tampalan mata atau ia sering dikenali sebagai eye patching.
Eye Patching ini adalah kaedah di mana mata dominan pesakit akan ditampal untuk beberapa tempoh seperti yang disarankan oleh pakar optometri.

Mengapakah mata dominan yang ditampal sedangkan mata yang LEMAH dibiarkan sahaja?
Berbalik kepada definisi Ambliopia, Ambliopia atau mata malas adalah penyakit di mana otak hanya menggunakan satu sahaja mata untuk melihat dan mengabaikan apa-apa imej yang dihasilkan oleh mata yang lemah. Oleh hal yang demikian, mata lemah tiada peranan dan kondisi penyakit pada mata tersebut akan menjadi lebih kabur atau teruk.
Dengan kaedah tampalan mata pada mata yang sihat, ia akan memaksa otak untuk menggunakan mata yang malas itu untuk melihat. Di samping menggunakan tampalan mata, aktiviti-aktiviti lain seperti menonton television, mewarna, membaca dan lain-lain akan dilakukan untuk memberi galakan kepada pesakit untuk menjalani rawatan terutamanya kanak-kanak.


CARA
MEMAKAI
Eye Patch

Titisan ubat Atropine pada mata juga antara kaedah rawatan ambliopia. Kaedah ini berfungsi sama seperti melakukan kaedah eye patching. Titisan Atropine yang dititiskan ke dalam mata dominan akan menjadikan mata tersebut kabur sementara. Oleh itu, otak akan memaksa mata lemah untuk bekerja dan ia adalah mekanisme yang dapat memperbaiki penglihatan pesakit.

.png)
.png)
APA PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA TERLUPA?
Sekiranya terlupa, anda dinasihatkan untuk mengambil dos yang terlupa sebaik sahaja teringat TETAPI abaikan dos tersebut jika telah hampir masa untuk dos seterusnya. Jangan gandakan dos ubat untuk menggantikan dos yang terlupa

PENAPIS
Bangerter
-
Nama lain : Bangerter Foil
-
Kegunaan : Terapi merawat
Ambliopia selain daripada
Eye Patch dan Atropine
-
Kelebihan
: Meningkatkan kepatuhan pesakit
kerana berkurangnya stigma sosial
: Tidak merengsakan kulit
: Ketumpatan penapis lebih rendah

Bangerter filter

TERAPI
Dikoptik
-
Rawatan terkini sesuai dengan kemajuan teknologi
-
Melibatkan latihan visual
-
Rangsangan yang diberikan kepada mata kanan adalah berbeza dengan mata kiri
-
Melatih kedua-dua mata pada satu masa kerana otak menggabungkan huruf atau imej yang terhalang
1.
Persepsi mata dominan akan diubah dengan mengurangkan kontras imej yang ditunjukkan kepada mata dominan
2.
Mata yang lemah ditunjukkan imej yang terang, tajam dan jelas
3.
Mata yang dominan ditunjukkan imej yang kabur dan lebih gelap
1.
Pesakit dipakaikan cermin mata berkanta merah pada mata kanan dan berkanta hijau pada mata mata kiri
2.
Pesakit melihat set imej filem merah atau hijau lutsinar
3.
Mata kanan tidak dapat melihat filem hijau, manakala mata kiri tidak dapat melihat filem merah
1.
Aktiviti maya yang dinamik, memerlukan interaksi pesakit di dalam suasana permainan video
2.
Penapis gelap atau kabur dapat ditambah dan diubah semasa pesakit bermain mengikut keperluan
Rebalancing Sistem Visual
Rawatan Binokular
Realiti Maya



.png)

GAMBAR
Pembentangan
VIDEO
Dokumentari
Video Pengenalan
Video Rawatan
Video Temu Bual
SOSIAL
Media







