"The eyes are the window to your soul" - William Shakesphere
KUMPULAN 4
Uveitis
Muhammad Danial bin Mohamed Farook
2019488708






Uveitis?

Definisi Mudah
Keradangan (inflammation) di dalam mata
Definisi Lengkap
Keradangan di dalam mata. Ianya biasa berlaku apabila sistem imunisasi badan sedang melawan jangkitan. Uveitis boleh menyebabkan masalah seperti sakit, kemerahan dan hilang penglihatan.
Uveitis akan merosakkan bahagian mata yang dipanggil Uvea - tetapi ia selalunya memberi kesan kepada bahagian lain juga pada mata. Kadangkala, uveitis boleh sembuh dengan cepat, tetapi dikhuatiri untuk dijangkiti semula. Kadang-kadang, ia juga boleh menjadi keadaan kronik (jangka masa panjang).
Uveitis pada satu masa boleh memberi kesan kepada 1 mata atau 2 mata. Kehilangan penglihatan boleh berlaku jika tidak dirawat. Jadi, adalah penting bagi seseorang yang disyaki dijangkiti Uveitis untuk berjumpa dengan doktor mata secepatnya.


Info Tambahan: Uvea
Uvea adalah bahagian tengah di antara dua bahagian mata iaitu sclera (bahagian putih di mata) dan retina (bahagian belakang mata yang sensitif cahaya). Uvea mengandungi 3 bahagian iaitu
-
Iris (bahagian berwarna di mata)
-
Ciliary Body (Bahagian mata yang membantu lens untuk fokus)
-
Choroid (bahagian mata yang menyambungkan retina kepada sclera









Selingan
















.jpg)






















Perubahan Genetik Jangkitan Dari AIDS/HIV
Muhammad Amirull Asyraf bin Jamanhuri
2019892462
Apa itu HIV/AIDS?

HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ia boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. AIDS adalah singkatan bagi ‘Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit’ dan adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.
​
HIV adalah virus yang menyerang sistem imun badan, khususnya sel CD4 (sel darah putih), yang membantu sistem imun melawan sebarang jangkitan. Dengan menghidapi jangkitan HIV, bilangan sel CD4 di dalam badan berkurangan dan menjadikan orang itu lebih cenderung mendapat jangkitan atau kanser sekiranya tidak dirawat. Bukan itu sahaja, HIV boleh memusnahkan begitu banyak sel-sel ini sehingga tubuh tidak dapat melawan jangkitan dan penyakit.
​
​
Mudah berjangkit melalui cecair badan :-
-
Darah
-
Air mani
-
Cecair faraj
-
Susu ibu
​
HIV boleh merebak melalui:
-
Hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti
-
Penagih dadah yang berkongsi jarum dan alat suntikan.
-
Pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV.
-
Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, melahirkan atau sewaktu menyusu.
Cara Jangkitan HIV/AIDS

Tahukah Anda?
Malaysia telah mencatatkan sebanyak
111, 916
jumlah keseluruhan kes
HIV/AIDS
dari tahun
1986 - 2016
Apakah kesan HIV/AIDS kepada terjadinya Uveitis?
Herpes Zoster Virus
(HSV)
Jangkitan Uveitis boleh dikaitkan dari implikasi HIV/AIDS yang menyerang dan melemahkan sistem imunisasi seseorang individu. Ia boleh terjadi daripada jangkitan virus dan bakteria di dalam tubuh dan menghasilkan penyakit-penyakit seperti :
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
Penyakit-penyakit di atas boleh muncul apabila badan seseorang mula bertindak balas untuk melawan jangkitan virus dan bakteria yang berisiko akan membawa kepada jangkitan Uveitis.
​
Kaposi Sarkoma
(KS)
Moluskum Kontagiosum


Kesan HIV/AIDS pada genetik
Herpes Zoster Virus
(Kayap)
Jangkitan Herpes Zoster disebabkan oleh pengaktifan virus varicella zoster (VZV), iaitu virus yang sama menyumbang kepada penyakit cacar air, kayap api, kayap ular. Virus ini bergerak di melalui laluan saraf tertentu iaitu kawasan kulit yang dibekalkan oleh saraf tunggal.
Pengaktifan virus (VZV) di saraf trigeminal menyebabkan kesakitan yang pedih dan ruam yang penuh dengan cecair yang sering meletus dan berkerak di sepanjang tempat yang dilalui oleh virus ini. Jangkitan setempat kemudiannya dirujuk sebagai Herpes Zoster Ophthalmicus (HZO).
​
HZO didapati pada kira-kira 10% daripada penghidap HIV, terutamanya pada mereka yang mempunyai jumlah sel darah putih (CD4) di bawah 200 sel/mL.
​
Ciri-ciri jangkitan ini adalah pesakit mengalami ruam di sekeliling mata dan di satu belah bahagian dahi sahaja. Pesakit kebiasaannya akan berasa sakit pada kulit, sakit kepala dan badan, fobia cahaya, lenguh-lenguh badan dan demam.


Kaposi Sarkoma
(KS)
Kaposi Sarkoma (KS) merupakan ketumbuhan kulit yang tidak menyakitkan, disebabkan oleh kelemahan imun yang teruk. Ia merupakan jangkitan dari virus Human Herpesvirus-8 (HHV-8) yang menjangkiti bahagian luar mata, terutama pada kelopak mata dan konjunktiva (bahagian bola putih mata).
​
Luka pada kelopak mata mengakibatkan mata tidak dapat ditutup dengan baik dan kekeringan mata, jangkitan kuman pada lapisan kornea dan rabun silau yang teruk. Manakala, luka pada konjunktiva pula boleh menyebabkan pendarahan konjunktiva sering berlaku.
​
Laporan CDC di antara tahun 1992-1997 melaporkan seramai 23.8% lelaki yang dijangkiti virus HIV telah mendapat jangkitan oportunistik virus HHV-8. Manakala 27.4% dari peratusan tersebut merupakan lelaki yang melakukan hubungan sejenis.
​
Hal ini menunjukkan bahawa, pesakit HIV di kalangan lelaki yang melakukan hubungan sejenis adalah berisiko untuk mendapat jangkitan ini, dan risiko ini meningkat secara mendadak dengan bertambahnya jumlah pasangan.
.jpg)

Moluskum Kontagiosum ‘Kutil Air’
Moluskum kontagiosum dibawa oleh virus pox. Virus ini berasal dari jenis virus yang menyumbang kepada kutil. Virus dapat menyebar melalui kontak langsung, menyentuh kulit seseorang yang mempunyai penyakit ini, atau menyentuh benda-benda lain seperti pakaian. Selain itu, virus ini juga boleh dijangkiti melalui hubungan seksual.
​
Moluskum kontagiosum merupakan salah satu penyakit yang dapat disebabkan oleh kebiasaan perkongsian barang peribadi. Ciri-ciri penghidap kepada jangkitan moluskum kontagiosum adalah munculnya benjolan kecil pada kulit tubuh yang terkena virus seperti di wajah, kelopak mata, ketiak, dan badan. Biasanya, benjolan ini tidak muncul di telapak tangan, telapak kaki, dan mulut. Moluskum kontangiosum memiliki ukuran lebar sekitar 2 hingga 5 milimeter, disertai dengan titik di bahagian tengah.
​
Jika seseorang itu mempunyai sistem imunisasi yang lemah, benjolan moluskum kontagiosum yang muncul mungkin akan lebih besar. Benjolan ini boleh menjadi kemerahan dan mengakibatkan keradangan, ditambah dengan rasa gatal. Garu pada benjolan tersebut boleh membuatkan ia pecah dan virus menyebar ke kawasan kulit di sekitarnya.
​
Di kelopak mata, bakteria mudah untuk merebak ke kawasan terbuka mata dan menyebabkan gejala penyakit mata merah.





Rangkuman
Hebahan di Laman Sosial
_edited.jpg)














Youtube


Ubat Titis Mata(Dekongestan, Antihistamin, Steroid dan Antibiotik)
Nur Anis Ayuni Binti Ariff
2019892158
Apa itu ubat titis mata?
Titisan mata biasanya mempunyai garam sebagai bahan asas. Mereka boleh mengekalkan mata anda lembap dan mengurangkan kemerahan. Kadang-kadang, mereka bekerja sebagai ubat.
Titik mata digunakan untuk merawat banyak keadaan biasa. Ia boleh digunakan untuk mata yang gatal atau letih seperti dalam alahan.
Bolehkah saya menggunakan titisan mata untuk setiap hari? "Melainkan anda telah diarahkan untuk menggunakan ubat titis mata yang dijual bebas oleh doktor anda, anda tidak sepatutnya menggunakannya setiap hari."
Bagaimanakah ubat titis mata berfungsi?
Titisan berinteraksi dengan air mata anda sejak anda menitiskannya ke mata anda. Menutup kelopak mata anda menyebarkan titisan. Apabila titisan merebak ia melembapkan dan melincirkan permukaan. Selepas dua minit, titisan itu diserap sepenuhnya ke dalam mata.
Bolehkah saya mencuci mata saya selepas menggunakan ubat mata?
Jika anda menggunakan lebih daripada satu jenis titisan mata, tunggu selama sepuluh minit selepas titisan pertama dan kemudian masukkan titisan kedua. Ini akan menghalang titisan pertama daripada dibasuh oleh yang kedua sebelum ia mempunyai masa untuk berfungsi.
Jenis bahan aktif dalam titisan mata

-
Antihistamin adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat alahan/alergi. Ia bertindak menyekat tindakan histamin
-
Contoh ubat titis kelas ini termasuk Naphcon A dan Visine A
-
Antibiotik yang berspektrum luas seperti chloramphenicol selalunya digunakan dalam ubat titis mata.
-
Selalunya antibiotik digabungkan dengan steroid untuk mengurangkan kegatalan dan kemerahan mata dalam ubat titis mata.
-
Contoh ubat titis kelas ini adalah Gentamicin.
-
Steroid adalah sejenis ubat yang digunakan untuk mengurangkan radang.
-
Contoh ubat titis kelas ini adalah Nicol, Beagenta.
-
Ubat ini berfungsi untuk mengecutkan kapilari saluran darah di bebola mata dan seterusnya meredakan kemerahan mata.
-
Contoh ubat titis untuk dekogestan sama dengan antihistamin iaitu Naphcon A.
Kesan sampingan bahan aktif dalam ubat titis mata
ANTIHISTAMIN
-
Mengantuk
-
Pening
-
Penglihatan kurang jelas
STEROID
-
Penggunaan steroid yang tidak terkawal boleh membuat tekanan mata meningkat. Ini mengakibatkan kematian urat saraf mata yang lama kelamaan boleh menyebabkan kebutaan.
-
Penggunaan steroid tanpa pemantauan boleh menyebabkan kanta mata yang asalnya lutsinar, menjadi kelam
-
Penggunaan steroid yang berpanjangan tanpa pemantauan boleh miningkatkan risiko jangkitan kuman di mata.
DEKONGESTAN
ANTIBIOTIK
-
Rasa pedih dan sengal
-
Pelebaran pupil mata
-
Kemerahan mata
-
Ruam
-
Gatal-gatal
-
Keradangan
-
Mata merah
-
Pandangan kabur seketika
Contoh ubat titis mata



Ubat Titis Mata Beagenta
Ubat Titis Mata Naphcon A
Ubat Titis Mata
Visine A

Ubat Titis Mata Gentamicin
Cara penggunaan dan cara penyimpanan ubat titis mata

-
Cuci tangan dengan menggunakan air dan sabun sehingga bersih.
-
Lap kawasan mata dengan menggunakan kain yang bersih atau tisu bagi membuang kotoran yang melekat pada kawasan mata
-
Buka penutup botol ubat titis mata

-
Dongakkan sedikit kepala ke belakang.
-
Tarik bahagian bawah kelopak mata sehingga mempunyai ruang yang mencukupi untuk meletakkan ubat.
-
Dekatkan penitis ke bahagian bawah kelopak mata yang ditarik. Pastikan hujung penitis tidak menyentuh mana-mana bahagian mata.

-
Picit botol ubat titis mata dan pastikan ubat masuk kedalam mata.
-
Tutup mata selama 2-3 minit. Elakkan daripada memejam mata dengan kuat atau mengerlipkan mata supaya ubat tidak mengalir keluar.
-
Sapu lebihan ubat titis mata dengan menggunakan kain bersih atau tisu.
-
Ulang langkah diatas selepas 5 minit jika perlu menggunakan ubat titis mata pada bahagian mata yang sama.

Tips dan peringatan tentang penjagaan mata dan ubat titis mata
_pn.png)

Poster




Rangkuman
Hebahan di Media Sosial
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

