"The eyes are the window to your soul" - William Shakesphere
KUMPULAN 3
Glaukoma
Norhidayah binti Ismail
2019481838
GLAUKOMA
-
Glaukoma adalah masalah mata yang berlaku disebabkan kerosakan pada saraf optik.
-
Saraf ini penting kepada manusia kerana berfungsi dalam penghasilan imej visual.
-
Tekanan yang tinggi pada bebola mata adalah punca kerosakan saraf yang paling utama.
-
Sekiranya tidak dicegah dengan lebih awal, seseorang yang menghidap Glaukoma boleh menjadi buta.


STATISTIK GLAUKOMA
Statistik baru yang dikumpulkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan Glaukoma adalah penyebab buta yang kedua di peringkat global selepas katarak di mana kebutaan akibat Glaukoma ini adalah bersifat kekal dan sukar untuk dirawat.
​
Dianggarkan menjelang 2020, hampir 80 juta individu menghidap Glaukoma iaitu peningkatan sebanyak 20 juta sejak 2010.
Tambahan lagi, dianggarkan pada masa ini, lebih lapan juta individu yang menjadi buta kedua-dua belah mata akibat Glaukoma. Satu angka yang dijangka meningkat kepada lebih 111 juta menjelang 2040 memandangkan kadar kelazimannya yang terus meningkat.

111+ juta
PROSES BERLAKU DAN PERINGKAT-PERINGKAT GLAUKOMA
-
Mata kita menghasilkan cecair yang dikenali sebagai ‘aqueous humor’ yang berfungsi untuk memberi nutrien kepada struktur dalaman mata.
-
Cecair ini disalirkan keluar melalui satu struktur yang dipanggil sebagai jejaring trabekular ataupun ‘trabecular meshwork’.
-
Sekiranya saluran ini tersumbat, cecair mata akan berkumpul dan seterusnya meningkatkan tekanan dalam mata.
-
Tekanan mata yang tinggi ini boleh merosakkan saraf optik yang terletak di bahagian belakang mata dan menjejaskan komunikasi di antara mata dan otak yang bertanggungjawab untuk penglihatan.
-
Oleh sebab itulah, medan penglihatan seseorang yang menghidap Glaukoma akan menjadi semakin sempit dan terhad seterusnya boleh mengakibatkan buta.
.png)

JENIS-JENIS GLAUCOMA
-
Glaukoma terbahagi kepada pelbagai jenis, namun begitu Glaukoma Sudut Terbuka dan Sudut Tertutup adalah antara dua jenis yang utama.
-
Keadaan ini dipengaruhi oleh peningkatan tekanan intraokular (IOP) atau tekanan di dalam mata.
Glaukoma Sudut Terbuka
Glaukoma Sudut Tertutup


-
Glaukoma jenis ini juga dikenali sebagai Glaukoma Primer atau Kronik.
-
Sudut terbuka bermaksud sudut di mana iris bertemu kornea terbuka dengan lebar seperti keadaan normal.
-
Akan tetapi, berlaku penyumbatan di dalam saluran pengaliran bendalir mata.
-
Akibatnya, cairan terkumpul di dalam mata dan menyebabkan tekanan yang tinggi pada bebola mata.
-
Keadaan ini merupakan keadaan jangka masa panjang.
-
Tiada simptom atau kecederaan pada mata yang dapat dikesan pada peringkat awal.
-
Jenis glaukoma ini paling kerap berlaku dan menyumbang sekurang-kurangnya 90% daripada semua kes glaukoma.
-
Perbezaan dari glaukoma sudut terbuka adalah keadaan sudut antara iris dan kornea di dalam mata.
-
Glaukoma sudut tertutup adalah jenis glaukoma di mana iris mata terkeluar dan menyekat saluran cecair sehingga menyebabkan penyumbatan pada sudut antara iris dan kornea.
-
Akibatnya, cairan mata tidak dapat mengalir keluar dari mata dan meningkatkan tekanan pada mata.
-
Keadaan ini berlaku secara perlahan tetapi boleh terjadi secara tiba-tiba.
-
Namun begitu, kedua-dua glaukoma sudut terbuka dan tertutup memiliki risiko mendapat buta yang tinggi jika tidak ditangani dengan segera.
GLAUKOMA JENIS LAIN
Glaukoma Tekanan Normal
Glaukoma Kongenital
-
Glaukoma jenis ini terjadi apabila saraf optik rosak walaupun tekanan mata berada pada tahap normal.
-
Tiada penjelasan yang tetap mengapa keaadan ini boleh terjadi.
-
Namun keadaan ini mungkin berlaku disebabkan sensitiviti atau kurangnya darah yang mengalir ke saraf optik.
-
Glaukoma jenis ini sering berlaku kepada bayi yang baru lahir.
-
Dianggarkan sebanyak 1 daripada10000 bayi yang baru lahir mempunyai kecacatan pada struktur saliran dalam mata sehingga menyebabkan cairan mata tidak dapat dibuang dan meningkatkan tekanan mata.
-
Keadaan ini boleh diwarisi secara turun-temurun.
-
Pembedahan mikro biasanya boleh menyembuhkan masalah struktur mata sekiranya tidak serius.
Glaukoma Neovaskular
-
Glaukoma neovaskular berlaku apabila mata menghasilkan pembuluh darah yang berlebihan sehingga meliputi kawasan mata di mana cecair mengalir.
-
Masalah kesihatan seperti diabetes atau tekanan darah tinggi adalah antara punca Glaukoma jenis ini berlaku.
-
Glaukoma ini sukar dirawat kerana doktor perlu merawat dahulu masalah kesihatan yang dihidapi serta menggunakan terapi Glaukoma untuk mengurangkan tekanan mata.
Glaukoma Pigmentasi
-
Glaukoma Pigmentasi berlaku apabila pigmen (warna) dalam iris (kawasan berwarna mata) mengelupas dan menghalang cecair daripada mengalir keluar sehingga mengakibatkan tekanan yang tinggi pada mata.
-
Glaukoma jenis ini selalunya terjadi di kalangan lelaki berkulit putih yang mempunyai rabun dekat.
-
Walaupun doktor boleh merawat glaukoma ini dengan mengurangkan tekanan mata, namun tidak ada kemungkinan untuk menghentikan pigmen daripada mengelupas.
Glaukoma Uveitik



-
Penghidap uveitis boleh menyebabkan keradangan dan parut tisu di bahagian tengah mata, yang boleh membawa kepada Glaukoma Uveitik.
-
Keadaan ini juga mengakibatkan peningkatan tekanan mata dan kehilangan penglihatan dengan menyekat bahagian mata yang mengalirkan cecair.
-
Steroid, yang digunakan untuk merawat uveitis, boleh membentuk atau memburukkan Glaukoma Uveitik.
-
Ini disebabkan oleh fakta salah satu kesan negatif steroid adalah meningkatan tekanan mata.
Glaukoma Pengelupasan
-
Juga dikenali sebagai Pseudoexfoliation Glaucoma.
-
Berlaku kepada sesetengah individu yang mempunyai simptom pengelupasan, keadaan di mana terdapat lebihan bahan mendapan pada kawasan mata yang menghalang cecair daripada mengalir.
-
Menurut kajian, pembawaan genetik adalah salah satu sebab keadaan ini berlaku.
-
Glaukoma jenis ini berlaku lebih cepat dan kerap sehingga mengakibatkan tekanan mata meningkat.



Glaukoma Traumatik

-
Keadaan Glaukoma yang disebabkan oleh kecederaan mata dikenali sebagai Glaukoma Traumatik.
-
Glaukoma jenis ini menjadi serius sejurus selepas kecederaan pada mata atau boleh mengambil masa selama bertahun-tahun sekiranya tidak dirawat.
-
Lebam dan kecederaan yang menusuk mata antara penyebab keadaan ini berlaku.
GOLONGAN BERISIKO
.png)
1. Afrika Amerika
-
Rakyat Afrika Amerika lebih cenderung mendapat Glaukoma dan mengalami kehilangan penglihatan kekal berbanding individu berkulit putih.​
2. Umur
-
Warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas lebih terdedah kepada risiko terkena Glaukoma kerana struktur mata yang semakin sensitif.
3. Sejarah keluarga
-
Mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami Glaukoma akan meningkatkan risiko untuk dihidapi oleh generasi akan datang.
4. Masalah kesihatan
-
Penghidap kencing manis, tekanan darah tinggi dan jantung lebih berisiko mengalami Glaukoma.
5. Pengguna Steroid
-
Penggunaan steroid untuk jangka masa panjang boleh meningkatkan risiko menghidapi Glaukoma kerana akan meningkatkan tekanan pada mata.
6. Kecederaan pada Mata
-
Kecederaan yang teruk boleh mengakibatkan tekanan mata meningkat serta-merta akibat kanta mata terkehel atau sudut saliran yang tersumbat.
SIMPTOM-SIMPTOM GLAUKOMA
-
Kebanyakkan jenis Glaukoma tidak mempunyai gejala. Kerana kesan yang sangat perlahan, kita mungkin tidak mengesan perubahan dalam penglihatan sehingga keadaan itu menjadi semakin jelas.
-
Glaukoma biasanya mengambil masa bertahun-tahun untuk terjadi dan pada permulaannya, akan menjejaskan sudut penglihatan.
-
Akibatnya, ramai orang tidak menyedari mereka menghidap Glaukoma, yang selalunya dikesan hanya semasa pemeriksaan mata.
-
Glaukoma akan menyerang kedua-dua belah mata tetapi sebelah mata sahaja yang akan menjadi lebih serius.
-
Namun, Glaukoma boleh terbentuk secara spontan dan menyebabkan gejala berikut:

Mata merah

Sakit kepala

Sakit mata

Melihat lingkaran di sekeliling cahaya

Penglihatan kabur

Loya dan muntah
POSTER DAN INFOGRAFIK
.png)
.png)

.png)
MEDIA SOSIAL

VIDEO DOKUMENTARI
Punca-punca Glaukoma
Nurul Kaisah Bt Kamarul Bahrin
2019481838
Sejenis penyakit saraf mata yang boleh memberi kesan kepada penglihatan pesakit dan jika ia berlarutan,ia boleh menyebabkan buta. Saraf optic pada mata berfungsi membawa imej yang dilihat ke otak.
Kebanyakan pesakit tidak sedar akan penyakit ini kerana simptom yang dialami sedikit demi sedikit dan pesakit tidak sedar bahawa penglihatan mereka semakin terjejas.
Kebanyakan pesakit akan menyedari akan penyakit ini apabila kondisi glaukoma yang dialami sudah berada pada tahap yang membimbangkan atau pada tahap yang bahaya.

SIMPTOM AWAL
Pada peringkat awal, mereka yang mengalami penyakit ini tidak dapat mengagak jika terdapat objek atau orang di sisi mereka dan juga mengalami kesukaran untuk menuruni tangga. Ketajaman penglihatan mereka juga akan terjejas.

Pakar Oftalmologi, Dr Syamil Salmi berkata hal ini disebabkan kerana medan sisi penglihatan mereka menjadi semakin sempit dan akhirnya sisi penglihatan mereka menjadi perlahan.

PUNCA UTAMA GLAUKOMA
Antara punca atau risiko yang paling utama berlakunya Glaukoma ini adalah disebabkan tekanan pada mata yang tinggi. Tekanan mata yang normal bagi seorang manusia adalah antara 10 hingga 21 mmHg dan jika tekanan cecair pada mata seseorang itu lebih daripada skala ini, pesakit boleh disyaki mempunyai penyakit Glaukoma.
Jika seseorang pesakit itu mempunyai riwayat atau keturunan daripada keluarga yang menghidap glaukoma, berkemungkinan besar untuk seseoarang individu itu menderita penyakit ini 4 kali ganda daripada pesakit biasa adalah tinggi.
PROSES BERLAKUNYA GLAUKOMA
Mata manusia menghasilkan air dan air pada mata perlu dikeluarkan melalui sistem pengairan. Untuk penyakit glaukoma, kebiasaanya sistem pengairan ini menjadi sempit atau tersumbat.

Oleh sebab itu air yang dihasilkan dalam bebola mata akan bertakung dan meninggikan tekanan dalam bebola mata.
Tekanan yang tinggi ini akan menekan atas saraf mata dan meneyabakan saraf mata itu tidak berfungsi. Proses ini dinamakan glaukoma.


RISIKO PENYEBAB GLAUKOMA



KENCING MANIS
DARAH TINGGI
PENGGUNAAN UBAT STEROID


BEBOLA MATA YANG PANJANG
USIA LANJUT
FAKTOR-FAKTOR INI MENYUMBANG KEPADA TEKANAN CECAIR DALAM BEBOLA MATA
PENGGUNAAN UBAT STEROID
-
Steroid : sejenis bahan yang digunakan untuk merawat radang mata dan masalah mata yang lain seperti allergi mata.
-
Ubat ini akan dihentikan penggunaanya selepas radang mata sembuh
-
Penggunaan steroid pada jangka masa yang lama boleh mengakibatkan kebutaan disebabkan glaukoma
-
Pesakit tidak akan merasa apa apa kesakitan. Saraf mata akan rosak dan menyebabkan kebutaan kekal
-
Pastikan sebarang ubat steroid yang diambil berada pada kawalan doktor mata
-
Jangan teruskan penggunaan ubat steroid di farmasi jika tidak mendapat kelulusan doktor
-
Ubat steroid walaupun digunakan secara jarang, ia masih boleh memberi kesan sampingan.

Dexamethasone

JENIS STEROID DI DALAM UBAT TITIK
Prednisolone

Fluorometholone
TEKANAN DARAH TINGGI & GLAUKOMA
Mempunyai tekanan darah tinggi dapat memastikan terdapat aliran darah yang baik masuk ke tisu saraf mata


Namun, tekanan darah tinggi yang dialami dalam jangka masa yang panjang akan memberi kesan kepada keupayaan mata untuk menangani tekanan mata yang tinggi
Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan kerosakan pada saluran darah dari semasa ke semasa
kerosakan salur darah

Berapa Lama Jangka Masa yang Diperlukan
untuk seseorang menjadi buta akibat Glaukoma?
-
Ia bergantung kepada jumlah tekanan mata yang dialami seseorang individu.

Melebihi 30mmHg
Dalam masa 3 tahun, tanpa sebarang rawatan, pesakit boleh mengalami kebutaan
DARAH TINGGI & KENCING MANIS ADALAH FAKTOR RISIKO YANG KURANG KONSISTEN

25-30
mmHg
Ia akan mengambil masa 7 tahun untuk mengalami kebutaan tanpa sebarang rawatan

21-25 mmHg
Ia akan mengambil masa 15 tahun tanpa rawatan untuk mengalami kebutaan
-Dr. Sunita Rana Agarwal, Perunding Pakar Mata
Bolehkah Ubat-ubatan menyebabkan Glaukoma?
Bolehkah Glaukoma berlaku selepas kecederaan (trauma) mata?
Selebriti yg mengalami masalah Glaukoma

Muhammad Dinie Abdul Rashid, 26(kiri) dan Khairil Azreen Jasni,25(kanan)merupakan pasangan duo dalam industri muzik tempatan. Mereka mempunyai bakat besar dalam bidang nyayian namun diuji dengan masalah penglihatan
Khai pula telah disahkan menghidap penyakit mata glaucoma ketika berusia 17 tahun. Pada mulanya dia tidak mengendahkan penyakitnya itu sehinggalah insiden mata kanannya pecah akibat terkena bola ragbi ketika aktif dengan sukan itu. Bergantung pada 50 peratus penglihatan selepas itu, Khai bagaimanapun cemerlang dalam peperiksaan SPM dan berjaya mendapat Anugerah Dekan dua semester berturut-turut dalam jurusan Sains Aktuari di UiTM. Setelah lapan pembedahan mata dijalani, mata kirinya makin terjejas dan dia tidak dapat melihat sepenuhnya.
Dinie mengalami gangguan penglihatan sejak berusia 9 tahun. Menjadi pelajar cemerlang hingga memilih jurusan Undang-Undang Syariah ketika berada di tingkatan enam, harapannya terkandas apabila disahkan menghidap penyakit molecular dystrophy yang menyebabkan saraf di bahagian mata rosak dan penyakit ini tidak dapat diubati. Penglihatannya beransur-ansur merosot dan kini hanya tinggal 20 peratus sahaja kemampuan untuk melihat.
POSTER















VIDEO DOKUMENTARI
Social Media
![]() | ![]() |
---|---|
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() |
RAWATAN LASER MATA
Nurul Amyza Binti Minabi
2019883614
​Apakah itu LASIK?
-
LASIK ialah proses pancaran cahaya pada mata bagi memperbaiki penglihatan. Dalam erti kata lain, salah satu cara untuk cantik tanpa mengenakan cermin mata. LASIK (laser-assisted in situ keratomileusis) adalah salah satu jenis bedah refraktif, yaitu pembedahan mata yang bertujuan untuk memperbaiki gangguan refraksi (pembiasan) mata. Pembedahan LASIK mata dapat menyembuhkan rabun jauh (miopy), rabun dekat (hipermetropi), dan mata silinder (astigmatisme). Kebiasaannya mereka yang melakukan laser mata mempunyai tahap kerabunan yang sangat tinggi.

Mesin LASER
Rawatan Refraktif Secara Laser
​​
-
Pengenalan kepada kaedah pembetulan penglihatan secara laser yang sangat meluar ditawarkan di Optimax Malaysia.
-
Dalam pembetulan refraktif secara laser, idea asal adalah untuk mengubah bentuk kornea (bahagian depan mata). Setelah bentuk kornea berjaya diubahsuai, kuasa refraktif mata juga akan berubah. Di Optimax, pelbagai kaedah pembetulan penglihatan secara laser yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Jenis2 kaedah Rawatan Refraktif secara Laser
ReLEx SMILE
Advanced Surface Ablation (ASA)

Customised Femto-LASIK



Kaedah Refraktif yang Lain
Implan Kanta Refraktif Dalam Mata (ICL)
Kanta Lekap Keras (RGP)


RAWATAN REFRAKTIF SECARA LASER /
ReLEx SMILE
ReLEx SMILE merupakan kaedah yang kurang invasive dalam merawat rabun jauh dan astigmatisme (silau). Kaedah laser tradisional melibatkan penciptaan bukaan lapisan kornea (flap) sebelum menggunakan laser yang kedua iaitu Laser Excimer untuk mengubah suai bentuk kornea. Dalam ReLEx SMILE, tiada penciptaan bukaan lapisan korea (flap) diperlukan.
Kelebihan
-
Selamat
-
Kurang sakit, cepat dan selesa
-
Tanpa bilah
-
Tanpa bukaan besar (flap)
-
Direka khas mengikut profil pesakit
-
Proses pemulihan yang cepat
-
Kualiti penglihatan yang baik
-
Kurang rasa mata kering
-
Mengekalkan kekuatan kornea
-
Bebas bunyi dan bau busuk

Disyorkan kepada:
-
Lebih menyukai rawatan lasik tanpa bilah, bukaan besar (flap) atau kurang invasif
-
Ingin mengalami ketidakselesaan mata yang lebih rendah selepas menjalani rawatan
-
Ingin mengekalkan kekuatan kornea asli
-
Ingin memelihara saraf kornea sebanyak mungkin
-
Memerlukan alternatif lain untuk ASA atau Femto-LASIK
-
Mempunyai mata kering
Video gambaran Rawatan
ReLEx SMILE

Prosedur
-
Dalam kaedah rawatan ReLEx SMILE, Laser Femtosecond akan digunakan untuk membentuk lentikul di bahagian kornea.
-
Laser Femtosecond mampu menembusi permukaan korna tanpa melibatkan proses pemotongan atau menyebabkan kerosakan pada lapisan permukaan.
-
Belahan kecil bersaiz 3-4mm dibuat di bahagian sisi kornea.
-
Lentikul yang dihasilakn akan dikeluarkan melalui belahan kecil tersebut.
-
Apabila lentikul itu berjaya dikeluarkan, bentuk kornea telah diubahsuai sekali gus mengubah ralat refraktif mata.
RAWATAN REFRAKTIF SECARA LASER /
Customised Femto-LASIK
Femto-LASIK juga dikenali sebagai Laser LASIK yang disesuaikan. Ia merupakan prosedur yang akan memperbetulkan rabun jauh, rabun dekat dan astigmatisme (silau). SMILE merupakan kaedah yang kurang invasive dalam merawat rabun jauh dan astigmatisme (silau).
Kelebihan
-
Selamat
-
Kurang sakit, cepat dan selesa
-
Tanpa bilah
-
Direka khas mengikut profil pesakit
-
Proses pemulihan yang cepat
-
Kualiti penglihatan yang baik
-
Penciptaan bukaan (flap)

Video gambaran Rawatan
Customised Femto-LASIK

Disyorkan kepada:
-
Lebih menyukai rawatan yang memerlukan penciptaan bukaan (flap) dengan lebih selamat dan tepat berbanding kaedah LASIK tradisional yang menggunakan bilah
-
Memerlukan alternatif lain untuk ASA atau Femto-LASIK
-
Mempunyai ketebalan lapisan kornea yang mencukupi supaya kaedah rawatan boleh dilakukan dengan selamat dan kurang komplikasi
Prosedur
-
Dalam kaedah Femto-LASIK, Laser Femtosecond digunakan untuk membuat bukaan (flap) pada bahagian kornea.
-
Bukaan tersebut akan diangkat dengan lembut ke atas bagi mendedahkan lapisan kornea.
-
Laser Excimer akan digunakan untuk mengubahsuai bentuk dalaman kornea sekali gus mengubah ralat refraktif mata.
-
Setelah dirawat dengan Laser Excimer, bukaan tersebut diletakkan semula ke tempat asal secara perlahan.
RAWATAN REFRAKTIF SECARA LASER /
Ablasi Permukaan Lanjutan (ASA)
Kaedah ASA merupakah salah satu alternatif untuk memperbetulkan rabun jauh, rabun dekat dan astigmatisme (silau). Dalam kaedah ASA ini, penciptaan bukaan (flap) tidak diperlukan lagi. Hanya lapisan kornea yang paling atas (epitelium) akan dikeluarkan sebelum menggunakan Laser Excimer. Tempoh pemulihan penglihatan dan lapisan kornea mungkin akan mengambil masa yang lebih lama berbanding kaedah LASIK yang lain tetapi hasilnya tetap sama. SMILE merupakan kaedah yang kurang invasive dalam merawat rabun jauh dan astigmatisme (silau).
Kelebihan
-
Selamat
-
Kurang sakit, cepat dan selesa
-
Tanpa bilah
-
Tanpa bukaan besar (flap)
-
Direka khas mengikut profil pesakit
-
Sesuai untuk lapisan kornea yang nipis
-
Mengekalkan tisu kornea
-
Berkemungkinan merawat kornea yang berparut

Video gambaran Rawatan
Ablasi Permukaan Lanjutan (ASA)
Disyorkan kepada:
-
Memerlukan alternatif selain Femto-LASIK dan ReLEx SMILE
-
Mempunyai lapisan kornea yang nipis
-
Mempunyai parut pada lapisan kornea (disebabkan oleh jangkitan mata atau kemalangan sebelum ini)

Prosedur Rawatan ASA
-
Dalam kaedah ASA, lapisan kornea yang paling atas (epitelium) akan dikeluarkan secara lembut bagi membenarkan Laser Excimer dikenakan ke atas lapisan dalaman kornea.
-
Laser Excimer akan digunakan untuk mengubahsuai bentuk lapisan dalaman kornea sekali gus mengubah ralat refraktif mata.
-
Setelah menjalani prosedur tersebut, kanta lekap pembalut kemudiannya diletakkan pada lapisan kornea bagi melindungi kawasan yang dirawat.
TESA-S adalah prosedur TESA Tersuai (Ablasi Permukaan Trans-Epithelial) yang dilakukan menggunakan laser excimer Schwind Amaris 1050RS.

Kebaikan
Laser Schwind Amaris 1050RS pada masa ini merupakan laser excimer terpantas yang paling tinggi di pasaran dengan pelacak mata 7D yang belum pernah terjadi sebelumnya. Masa rawatan yang lebih pendek dibantu oleh pelacak mata yang unik menghasilkan hasil yang tepat.
Sebelum menjalani rawatan, pesakit menjalani pengukuran oleh Schwind Combi Wavefront Analyzer, sistem diagnostik yang kuat yang menyediakan analisis dan perancangan rawatan kornea lengkap.
Prosedur
LANGKAH 1:
Pesakit akan diletakkan dalam posisi yang selesa. Mata pesakit ditetapkan dengan betul sebelum lapisan kornea (epitelium) dikeluarkan oleh laser excimer. Proses ini membenarkan pembetulan laser kepada lapisan dalaman kornea.
LANGKAH 2:
Laser excimer akan digunakan untuk mengubahsuai bentuk kornea sekali gus memperbetulkan ralat refraktif mata pesakit.
​
LANGKAH 3:
Kanta lekap pembalut akan diletakkan pada kornea mata bagi membenarkan pertumbugan epitelium dan akan dikeluarkan dalam masa seminggu.
kelebihan TESA-S:
-
Selamat
-
Cepat dan selesa
-
Tanpa cela
-
Tanpa flap
-
Tanpa sentuhan
-
Kualiti penglihatan yang sangat baik
-
Kemungkinan merawat kornea dengan parut
-
Simpan tisu kornea - rawatan yang lebih selamat untuk kornea nipis
-
Boleh dinaiktaraf kepada ASA-PRO*
POSTER
.png)
.png)

.png)
