top of page

KUMPULAN 2

Katarak

Nur Emilia Puteri binti Mohd Fadzli
2019892512

APA ITU KATARAK?

Katarak atau disebut juga sebagai selaput dalam adalah penyakit mata yang menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Ini berlaku apabila kanta semulajadi mata jernih menjadi sangat keruh sehingga cahaya tidak dapat menembus dengan  sepenuhnya.

Faktor utama berlakunya katarak ialah disebabkan oleh proses penuaan, kerosakan mata, penyakit kencing manis (diabetes) dan penyakit-penyakit lain serta penggunaan steroid dalam jangka panjang. Katarak lebih sering terjadi pada orang tua, namun ia juga boleh terjadi pada kanak-kanak dan disebut sebagai katarak kongenital.
timthumb-5-1200x675_edited.jpg

PERBEZAAN MATA NORMAL DAN MATA KATARAK

PERBEZAAN LENSA MATA NORMAL DAN MATA KATARAK

vision-after-cataract-surgery-570x570_edited.jpg

JENIS-JENIS KATARAK

Jenis katarak boleh diklasifikasi berdasarkan:
 
  • Umur: Katarak berlaku sebagai salah satu proses penuaan.
  • Traumatik: Katarak berlaku akibat kecederaan atau trauma pada mata.
  • Metabolik: Katarak berlaku akibat penyakit metabolik seperti diabetes.
     
Katarak berkaitan usia adalah jenis yang paling biasa. Katarak juga boleh dikelaskan mengikut bahagian kanta yang rosak.
images.png

KEDUDUKAN UMUM KATARAK PADA MATA

PUNCA-PUNCA KATARAK

Kanta kebanyakannya diperbuat daripada air dan protein. Protein disimpan dengan cara yang tepat yang mana memastikan kanta jelas dan membolehkan cahaya melaluinya. Apabila semakin meningkat usia, bilangan protein mungkin bergumpal bersama dan membentuk kabus/selaput di kawasan kecil kanta. Ini adalah katarak, dan dari semasa ke semasa, ia boleh menjadi lebih besar dan selaput lebih banyak daripada kanta, menjadikannya lebih sukar untuk dilihat. Namun, semua ini merupakan sebahagian daripada proses penuaan.
cataracts_edited.jpg
b7616eac-20ea-11ec-83d0-b8338c7f9150_image_hires_142313_edited.jpg
alcohol-bottles_edited.jpg
air-pollution-smoke-emission_edited.jpg
Berikut merupakan perkara yang boleh 
  • menyebabkan pembentukan katarak :
    1) Merokok
    2) Tinggal di kawasan yang mempunyai pencemaran udara      yang teruk
    3) Pengambilan alkohol yang banyak
    4) Sejarah keluarga
  • mempercepatkan pembentukan katarak :
    1) Diabetes
    2) Menggunakan ubat kortikosteroid untuk tempoh yang          lama
    3) Kecederaan atau radang mata pada sebelumnya
    4) Pembedahan mata terdahulu
    5) Radiasi ultraviolet dari cahaya matahari dan sumber lain

SIMPTOM-SIMPTOM KATARAK


penglihatan kabur tanpa rasa sakit
cahaya, lampu, atau cahaya matahari kelihatan terlalu terang
penglihatan berganda atau berbilang imej dalam satu mata.
double-vision-2_edited.jpg
AMF-photophobia_edited.jpg
kesukaran memandu terutamanya pada waktu malam

halo (lingkaran cahaya) muncul di sekitar lampu

warna kelihatan pudar atau perubahan persepsi warna

CARA MENGUBATI KATARAK

Jika anda alami simptom katarak yang ringan, anda mungkin hanya memerlukan preskripsi baharu untuk cermin mata atau kanta mata. Katarak biasanya akan  bertambah teruk dari semasa ke semasa. Oleh itu, doktor mungkin akan mengesyorkan pembedahan untuk membuang katarak. Semasa pembedahan katarak, pakar bedah akan mengeluarkan kanta anda yang terjejas dengan katarak dan menggantikannya dengan implan kanta tiruan. Kanta yang baharu lebih jelas dan ianya telah diubahsuai sesuai dengan kedua-dua mata mengikut keperluan penglihatan individu.
Jenis-jenis pembedahan katarak :
  1. Phacoemulsification cataract surgery
  2. Extracapsular cataract extraction (ECCE)
  3. Manual small incision cataract surgery
  4. Femtosecond laser-assisted cataract surgery (FLASC)
images_edited.jpg

STRUKTUR MATA

VIDEO

APA ITU KATARAK DAN CARA MENCEGAHNYA

ANIMASI PEMBEDAHAN KATARAK

POSTER / INFO TAMBAHAN / VIDEO

GEJALA-GEJALA KATARAK

What Do Cataracts Look Like.png
  • Instagram
  • Facebook
  • YouTube

KATARAK KANAK-KANAK

PEDIATRIC CATARACTS (2).png

VIDEO DOKUMENTARI 1

PROSEDUR PEMBEDAHAN KATARAK

what-are-cataracts_5e95b0c36d0fc_edited.jpg

PERBEZAAN PENGLIHATAN MATA NORMAL DAN MATA KATARAK

Cataract-cloudy-vision_edited.jpg

VIDEO DOKUMENTARI 2

JUN SEBAGAI BULAN KESEDARAN KATARAK

What Do Cataracts Look Like (2).png

Penuaan dan Faktor Mempercepatkan Proses Katarak

Nik Farhana Nabila binti Mohd Fauzi
2019482374

Apakah itu katarak?

Katarak berlaku apabila kanta di dalam mata menjadi putih atau kekuningan akibat pengumpulan protein pada kanta sesuai meningkat usia. Tetapi masih ada faktor lain yang mendorong kadar pertumbuhan katarak berlaku dengan lebih cepat.

60%

                                 
             Punca kurang penglihatan di Malaysia disebabkan 

katarak

Apakah gejala awal katarak ini? 

Kerap menukar preskripsi cermin mata 

Sulit melihat ketika gelap seperti silau ketika memandu pada waktu malam 

Penglihatan kabur yang kelihatan kekuningan tetapi tidak merasa sakit 

Penuaan punca utama katarak?

Seawal usia 50-an individu boleh dijangkiti katarak

Ya, penuaan atau peningkatan umur adalah faktor utama kepada masalah katarak pada mata.

Purata kebanyakannya perempuan yang berusia, lebih mudah dijangkiti katarak daripada lelaki.

images.jfif

1.3 Juta

                                                rakyat Malaysia berusia 50 tahun dan ke atas akan mengalami katarak dalam masa 5 - 10 tahun akan datang

Bagaimana proses katarak berlaku?

Katarak berlaku di selaput dalam kanta mata.

 

Fungsi kanta mata membantu memfokuskan cahaya pada retina supaya dapat melihat sesuatu objek dengan jelas, sama ada dari dekat atau jauh.

Kanta mata terdiri daripada air dan protein. Protein dalam kanta mata akan melekat dan bergumpal sesuai usia meningkat. Ia menjadi semakin besar dan tebal.

Kanta mata berubah daripada jernih kepada putih, kekuningan atau coklat. Kanta mata menjadi keruh dan suram. Keadaan ini dinamakan katarak.

katarak.png

Gumpalan protein ini menyebabkan cahaya tidak dapat menembusi kanta dengan mudah dan tak sekata. Penglihatan menjadi kabur dan tidak jelas.

Screenshot (1146).png
katarak-1.jpg

Bolehkah dijangkiti lebih awal?

Boleh, ianya disebabkan oleh secondary cataracts atau faktor-faktor lain yang mempercepatkan proses berlakunya katarak. 

Diabetes

Ubatan steroid

Sinar radiasi matahari (UV)

Diabetes

Diabetes adalah penyakit kencing manis atau merujuk kepada keadaan kandungan gula yang tinggi dalam darah seseorang individu. 

Perubahan aras gula dalam darah. (berlaku perubahan refraktif yang mengubah tahap penglihatan)

Kadar gula kembali normal, akues (air di dalam bola mata) akan keluar daripada kanta kristalin. (penglihatan  kembali normal.

Proses osmosis berlaku menyebabkan akues masuk ke dalam kanta kristalin. (ketebalan kanta kristalin bertambah dan permukaan kanta menjadi lebih curam)

Fungsi kanta kristalin (bahagian dalam mata) adalah memastikan sistem fokus penglihatan berada dalam keadaan optimum.

Jangka masa panjang, kanta kristalin mulai tidak lutsinar dan membentuk katarak.

Proses osmosis yang berterusan. (pengumpulan sorbitol dalam kanta kristalin - mengubah bentuk sel kanta kristalin)

icon male_edited_edited.png
icon male_edited_edited.png
icon male_edited_edited.png
icon male_edited_edited.png
icon male_edited_edited.png

3 daripada 5 individu

penghidap diabetes mellitus mempunyai katarak

6 DIABETES MELLITUS (1).png

Pengawalan tahap gula dan pemeriksaan saringan mata perlu dilakukan sebaik sahaja disahkan menghidap diabetes walaupun penglihatan masih baik.

 

Jika mata masih dalam keadaan baik dan normal, saringan berkala harus dilakukan secara berterusan sekurang-kurangnya setahun sekali.

Pengambilan ubatan steroid

Steroid merupakan hormon semulajadi yang dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Ia bertindak untuk mengawal fungsi dalam badan.

Steroid di kategorikan sebagai racun terkawal di mana pengambilannya adalah atas nasihat doktor. Sebarang produk yang mengandungi steroid didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Steroid terbahagi kepada dua jenis iaitu steroid anabolik dan steroid kortikosteroid. Steroid anabolik kebiasaannya dalam bentuk cecair untuk disuntik yang merupakan steroid buatan seperti untuk kegunaan hormon.

​​​​

  • Steroid kortikosteroid terbahagi kepada beberapa jenis seperti dexamethasone.

  • Ianya terdiri daripada beberapa bentuk yang memberi fungsi ubatan berbeza seperti di sebelah.

  • Namun, penggunaan ubatan steroid untuk tempoh yang lama dan tanpa kawalan doktor menyebabkan kesan sampingan yang kuat.

Tablet/ kapsul
-untuk pesakit gout/ athritis

Ubat titis mata

-untuk pesakit keradangan mata

Krim

-untuk pesakit eczema

Hubungkait Steroid dalam Ubat Titis dan Katarak

Antara jenis steroid yang terdapat di dalam ubat titis adalah dexamethasone, prednisolone, dan fluorometholone. Kebiasaannya digunakan untuk mengawal keradangan mata, mengurangkan kegatalan mata, menghilangkan mata merah.

 

Penghasilan selaput mata berlebihan akan berlakuWalaupun ianya jarang digunakan, ia masih boleh menyebabkan kesan sampingan seperti katarak dan glaukoma dalam jangka masa panjang disebabkan ia bersifat terkumpul. 

Ubat sedut (inhaler)

-untuk pesakit

asthma

Sinar radiasi ultraviolet

Sinar ultraviolet ialah gelombang sinaran elektromagnet yang tidak kelihatan yang dihasilkan oleh matahari.

 

Ianya adalah sinaran yang paling kuat tetapi sedikit sahaja diperlukan untuk menghasilkan vitamin D dalam badan manusia.

Paparan radiasi UV setiap hari dalam jangka masa panjang , akan menyebabkan peningkatan risiko katarak berlaku.

Sinar UV terbahagi kepada beberapa jenis iaitu UVA, UVB dan UVC bergantung kepada kekerapan gelombang. UVA dan UVB mampu sampai ke kanta menyebabkan penglihatan semakin merosot.

4 SINAR UV.png
5 LANGKAH ELAKKAN SINAR UV (1).png

Sinar matahari atau sinar UV tidak hanya membahayakan kulit, tapi turut membahayakan mata. Sinar UV paling kuat, adalah apabila bayang-bayang kita lebih pendek daripada kita. Sayangi mata sambil bergaya dengan memakai cermin mata UV400.

Pencegahan awal boleh dilakukan dengan mengambil langkah berjaga-jaga. 

Apakah rawatan terbaik untuk katarak?

Pembedahan adalah rawatan terbaik untuk merawat katarak. Pembedahan boleh dilakukan samada secara tradisional atau laser. 

Elakkan menggunakan ubat yang mendakwa dapat hilangkan katarak. Tiada ubat titis yang mampu menghilangkannya. Jangan mudah terpedaya dengan iklan produk di pasaran dan mengambil sebarang produk tanpa merujuk kepada doktor.

Infografik dan Poster

Video Dokumentari

Hebahan Media Sosial

Instagram Story

S1.jpg
S2.jpg
S3.jpg
S4.jpg
S5.jpg
S6.jpg

Facebook Page

F1.png
F5.png
F2.png
F6.png
F3.png
F7.png
F4.png
F8.png

YouTube

Y1.png
Y2.png
Y3.png
Y1.1.png
Y2.1.png
Y3.1.png

UV Radiations from Sun

by Name bin/binti Name
STUDENT ID

PENDAHULUAN

Katarak adalah kanta asal yang telah rosak di sebalik iris dan pupil di dalam mata.Kebiasaannya katarak boleh merosakkan kedua-dua belah mata walaupun penyakit ini kena pada satu mata sahaja.Golongan yang sering menghadapi penyakit katarak ini adalah daripada peringkat usia 40 tahun dan ke atas.

Katarak adalah kanta asal yang telah rosak di sebalik iris dan pupil di dalam mata.Kebiasaannya katarak boleh merosakkan kedua-dua belah mata walaupun penyakit ini kena pada satu mata sahaja.Golongan yang sering menghadapi penyakit katarak ini adalah daripada peringkat usia 40 tahun dan ke atas.

Katarak adalah kanta asal yang telah rosak di sebalik iris dan pupil di dalam mata.Kebiasaannya katarak boleh merosakkan kedua-dua belah mata walaupun penyakit ini kena pada satu mata sahaja.Golongan yang sering menghadapi penyakit katarak ini adalah daripada peringkat usia 40 tahun dan ke atas.

1.png
2.png
3.png

PEMBEDAHAN

1.png

PEMBEDAHAN KATARAK

SECARA TRADISIONAL

  • Semasa pembedahan, kanta kabur yang berada di dalam mata anda akan dibuang dan digantikan dengan intraocular lens iaitu kanta jernih yang dipanggil IOL.

  •  Langkah penjagaan yang ketat dan rapi  mesti diambil sepanjang pembedahan ini untuk memastikan anda benar-benar selesa dan tidak sakit. 

2.png

PEMBEDAHAN KATARAK

SECARA LASER

  • atau dikenali sebagai Refractive Laser-Assisted Cataract Surgery (ReLACS) iaitu kaedah moden yang menggunakan teknologi canggih.

Di dalam pembedahan katarak,terdapat 3 jenis IOL yang berbeza yang boleh diaplikasikan iaitu :

PEMBEDAHAN KATARAK

SECARA TRADISIONAL

PEMBEDAHAN KATARAK

SECARA LASER

DIET AND PEMAKANAN

Cara Mencegah & Menyembuhkan Katarak Dalam Gaya Hidup Seharian

Nur'Ainun Sa'adah binti Mohd Assri
2019614668

PENDAHULUAN

Katarak adalah kanta asal yang telah rosak di sebalik iris dan pupil di dalam mata.Kebiasaannya katarak boleh merosakkan kedua-dua belah mata walaupun penyakit ini kena pada satu mata sahaja.Golongan yang sering menghadapi penyakit katarak ini adalah daripada peringkat usia 40 tahun dan ke atas.

kenali-dan-hindari-penyebab-katarak-berikut-ini-pada-lansia-1555002352.jpg

Katarak adalah punca kehilangan penglihatan yang paling kerap di kalangan orang di seluruh dunia, tetapi ia boleh diperbaiki.

Namun,pada masa ini tiada langkah untuk mencegah katarak daripada merebak luas di dalam mata. Walau bagaimanapun,beberapa faktor boleh mengurangkan risiko untuk melambatkan prosesnya.

Terdapat beberapa kaedah untuk mengurangkan faktor risiko katarak, iaitu:

1.png
2.png
3.png

PEMBEDAHAN

1.png

PEMBEDAHAN KATARAK

SECARA TRADISIONAL

  • Semasa pembedahan, kanta kabur yang berada di dalam mata anda akan dibuang dan digantikan dengan intraocular lens iaitu kanta jernih yang dipanggil IOL.

  •  Langkah penjagaan yang ketat dan rapi  mesti diambil sepanjang pembedahan ini untuk memastikan anda benar-benar selesa dan tidak sakit. 

2.png

PEMBEDAHAN KATARAK

SECARA LASER

  • atau dikenali sebagai Refractive Laser-Assisted Cataract Surgery (ReLACS) iaitu kaedah moden yang menggunakan teknologi canggih.

PEMBEDAHAN KATARAK

SECARA TRADISIONAL

Phacoemulsification

Extra capsular cataract Extraction (ECCE)

pembedahan kecil yang memerlukan sedikit bukaan yang berukuran 3mm dan ke bawah (<3mm) dan isi kanta akan disedut keluar melalui bukaan tersebut dengan bantuan ultrasound.Kemudian,implan kanta kekal akan dimasukkan ke dalam beg kanta dalam mata.

Memerlukan bukaan luka yang lebih besar yang berukuran di antara 7mm. Isi kanta akan dikeluarkan dan implan kanta dimasukkan ke dalam bag kanta melaui bukaan yang lebih besar itu .Tambahan pula,pembedahan ini lebih besar belahannya berbanding dengan teknik Phacoemulsification.

Apa beza dua pembedahan ini ?

Phacoemulsification

bedah_katarak1.jpg

Alatan khas yang diperlukan akan digunakan untuk menyedut keluar katarak menerusi insisi atau bukaan yang kecil

output-onlinepngtools.png

Implan kanta kekal akan dimasukkan ke dalam bag kanta dalam mata

bedah_katarak2.jpg
bedah_katarak3.jpg

Implan kanta kekal berada diantara bag kanta dalam mata

output-onlinepngtools_edited.png

Extra capsular cataract Extraction (ECCE)

bedah_katarak4.jpg

Kanta di keluarkan secara manual melalui bukaan 7mm

Implan kanta kekal akan dimasukkan ke dalam bag kanta dalam mata

output-onlinepngtools.png
bedah_katarak5.jpg
bedah_katarak6.jpg

Bukaan ditutup dan dijahit

output-onlinepngtools_edited.png

PEMBEDAHAN KATARAK

SECARA LASER

  • pembedahan katarak mata tanpa mengunakan pisau tetapi menggunakan laser femtosecond (juga digunakan dalam LASIK Tanpa Pisau) dapat menggantikan langkah manual yang dilakukan oleh segelintir pakar bedah. Kaedah ini dapat memberikan tahap ketepatan, keselamatan, dan keputusan yang memberansangkan kepada pesakit.

  • Memandangkan kaedah laser menggunakan sedikit tenaga daripada ultrasound, kebarangkalian masalah penyakit katarak dapat dikurangkan dan pembedahan ini berpotensi untuk membantu penglihatan pesakit dengan lebih baik.

  • Walau bagaimanapun, kos pembedahan katarak laser adalah lebih mahal daripada kos pembedahan katarak  tradisional.

pro-noblade4.jpg

1) Pengimbasan

Vista-Lens_exchange-Steps-2.jpg

2) Insisi/belahan

CARA PEMBEDAHAN LASER

Vista-Lens_exchange-Steps-3.jpg

3) Pembukaan kapsul

5.jpg

5) Penyingkiran katarak

Vista-Lens_exchange-Steps-4.jpg
Cataract-Normal_steps-4.jpg

4) Penghancuran katarak

6) Penggantian katarak

Ada pantang larang ke jika saya dah menjalani pembedahan ?

Title Page (2).png
Title Page.png
Title Page (4).png
Title Page (3).png
Title Page (5).png

Berikut adalah penjelasan doktor pakar yang lebih mendalam :

DIET DAN PEMAKANAN

2.png
3.png

DIET YANG SIHAT

  • Suplemen mata adalah produk semulajadi yang mengandungi vitamin dan unsur lain yang telah dibuktikan dalam kajian untuk membantu mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan.

download.jfif

Pengambilan pil vitamin / mineral biasa boleh membantu mengisi kekurangan mikronutrien dalam diet, serta melindungi anda daripada penyakit yang merosakkan seperti degenerasi makula dan katarak.

20170922_122542.png

Daging tanpa lemak, ayam, ikan, kekacang, telur dan kekacang adalah beberapa makanan yang termasuk dalam kategori ini juga.
 

ubat.jpg.transformed_0.jpg

Utamakan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan susu dan produk susu tanpa lemak atau rendah lemak .

15-makanan-yang-mengandung-lemak-jahat-ini-harus-anda-hindari-1597147581.jpg

Lemak tepu, lemak trans, kolesterol, garam (natrium) dan gula tambahan berada pada tahap sederhana dalam produk ini.

SENAMAN

  • Apabila kita bercakap tentang yoga, kita sering fokus terhadap badan dan cara untuk melangsingkannya namun organ penglihatan iaitu mata kita yang sangat sensitif ini adalah salah satu bahagian organ yang paling diabaikan untuk mendapat manfaat yoga.

  • Berikut adalah beberapa latihan yoga mata terapeutik:

Sila tekan infografik ini untuk melihat versi penuh
Sila tekan video ini untuk melihat langkah senaman yoga mata

CADANGAN UNTUK MENJAGA MATA YANG SIHAT DARIPADA KATARAK

Periksa mata anda dengan

sekerap mungkin.

Jaga kesihatan anda dengan baik.

Tidur dengan nyenyak, makan dengan baik, dan dapatkan urutan mata secara rutin.

Sentiasa berpesan kepada ahli waris keluarga tentang sejarah penyakit anda.

Pakai cermin mata hitam anda untuk mengelak sinaran UV.

DOKUMENTARI

DESAS-DESUS
MASYARAKAT

Berikut merupakan persoalan-persoalan yang telah diajukan kepada pakar oftalmologi,Dr Azlindalita dan beliau telah menjawab dengan sebaiknya : 

Sila tekan infografik ini untuk melihat versi penuh
bottom of page